Tentang Saya

Saya Pengedar Shaklee Untuk Sekitar Ampang dan Wangsa Maju sedia untuk memberikan konsultasi dan informasi yang diperlukan untuk sama-sama kita menjaga kesihatan diri.



Nama saya Fatin Mazelan. Seorang surirumah sepenuh masa sejak Julai 2013. Mempunyai 3 orang anak (terkini) - 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Masing-masing berumur 4, 3 dan 9 bulan untuk tahun 2016 ini.

Alhamdulillah, amanat dari Allah yang perlu dijaga membuatkan saya bertekad untuk berhenti kerja dan menjaga mereka sambil berbisnes di rumah.

Blog ini dicipta khas untuk berkongsi pengalaman serta fakta kesihatan yang menarik buat tatapan anda semua.

Juga untuk kongsikan kebaikan pengambilan produk supplemen Shaklee dalam kehidupan seharian anda.

Terdetik dalam hati untuk membantu yang lain agar menjadi seperti saya. Lebih sihat dengan pengambilan vitamin semulajadi tanpa ada bahan-bahan terlarang. Mungkin sudah sampai waktu untuk kita berkongsi.

No comments: