February 13, 2018

5 Sebab Pentingnya Vitamin Untuk Ibu Hamil

Bila kita dapat tahu yang kita hamil, ia menjadi 1 perkhabaran yang sangat menggembirakan. Macam-macam impian indah akan mula kita bayangkan sementara menunggu ketibaan orang baru dalam hidup kita. Tak lupa juga pengambilan vitamin-vitamin untuk penjagaan kesihatan ketika hamil.

5 Sebab Pentingnya Vitamin Untuk Ibu Hamil | Set Mengandung Shaklee


Jadi, kat sini saya nak kongsikan 5 Sebab Pentingnya Vitamin Untuk Ibu Hamil tidak kira untuk yang kali pertama, kedua, ketiga atau kali kesepuluh sekalipun. Hehe. Setiap kehamilan perlukan penjagaan kesihatan yang teliti untuk memudahkan kelahiran dan kesihatan bayi kelak.

Tanpa membuang masa, kita terus masuk sebab-sebab yang membuatkan vitamin itu penting

1) Untuk bantu menyokong keperluan nutrisi ibu


Seperti yang kita tahu, bayi akan mendapat segala nutrisi makanan melalui placenta atau uri yang disambungkan melalui tali pusat terus ke bayi. Jadi, apa yang ibu makan, inshaAllah nutrisi dari pemakanan ibu akan sampai kepada bayi.

Jika tidak mencukupi, bayi akan menyerap nutrisi yang diperlukan dari badan ibu sendiri. Jadi, kita sebagai ibu sangat memerlukan nutrisi yang lebih dari orang yang tidak hamil.

2) Untuk memastikan ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat


Dengan pengambilan vitamin mampu menyokong kesihatan ibu bertambah lebih baik. Dengan ini keadaan letih, lesu, pitam, muka pucat, tidak bermaya sewaktu hamil dapat dielakkan.

Risiko penyakit-penyakit ketika hamil seperti anemia, kencing manis (GDM), kencing kotor, gastrik, masalah penghadaman, tekanan darah tinggi dapat dielakkan.

3) Untuk bantu berikan tenaga sewaktu saat melahirkan


Vitamin juga bantu untuk membekalkan tenaga kepada kita sewaktu dalam keadaan menahan kontraksi dan bersedia untuk melahirkan anak. Tenaga yang banyak diperlukan masa ni tau.

4) Untuk mengelakkan sebarang kecacatan anggota badan bayi


Bayi membesar di dalam perut dengan mendapatkan nutrisi dari pemakanan ibu. Jadi, makanan yang sihat mampu memberikan pertumbuhan bayi yang sihat.

Tahukah anda? Sekiranya bayi kekurangan vitamin B mampu menyebabkan bayi mengalami masalah tiub neural.

5) Untuk memelihara kesihatan bayi selepas dilahirkan


Seperti yang kita tahu penyakit demam kuning atau jaundis sering menyerang bayi yang baru dilahirkan. Penyakit boleh sembuh ini boleh dielakkan seawal dari dalam kandungan berpandukan nutrisi yang dibekalkan oleh ibu kepada bayi.

Sekarang dah tahu kan 5 Sebab Pentingnya Vitamin Untuk Ibu Hamil? Dan sekarang juga untuk anda juga bertindak untuk dapatkan Set Mengandung Shaklee yang menepati ciri-ciri kelima-lima sebab di atas.

Set Mengandung Shaklee | Set Hamil Shaklee

Atau klik sahaja gambar kat bawah ni untuk direct access kepada saya. InshaAllah saya akan balas sepantas mungkin.

Set Mengandung Shaklee | Set Hamil Shaklee

No comments: