September 5, 2017

Aktiviti Anak Semasa Cuti Sekolah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan tentang Aktiviti Anak Semasa Cuti Sekolah. Since cuti sekolah kali ini ada sambutan hari kemerdekaan yang ke-60 dan hari raya Aidiladha, jadi mereka cuti seminggu.



Actually saya tak tahu pun mereka akan bercuti. Hahaha. Tahu-tahu cikgu tadika mereka mesej di Whats App group mengatakan minggu depan mereka akan cuti seminggu. Masa itulah baru menggagau cari aktiviti apa nak buat sepanjang cuti.

Takkan nak bagi mereka tengok Youtube dan main game di komputer saja seminggu kan. Nanti jadi anti-sosial pula. Since dapat ummi yang jenis sukakan aktiviti luar rumah, ummi pun gigih lah Google mana boleh pergi. Haha.

Nak book di Agoda dah tak sempat. Banyak tempat penuh dan harga mestilah dua kali ganda sebab waktu puncak untuk orang bercuti kan. Jadi, plan-plan punya plan, kita bercuti sajalah di kawasan Kuala Lumpur tercinta ni.

Sambil-sambil layan SEA Games, hari Sabtu kami sahut untuk ke Taman Tasik Pudu Ulu. Alah, jalan kaki keliling taman saja. Hahaha. Bawa bola untuk anak-anak main baling-baling. Bagi main di taman permainan. Tahu kan? Taman Tasik Pudu Ulu ni ada open swimming pool untuk orang ramai macam di KLCC tu. Memang ramai oranglah pergi mandi situ. Kami tak join. Penat nanti. Hihi.

Ahad, pergi rumah orang kahwin di Rawang. Join atok abah dan tok mak pergi rumah orang kahwin. Malam bosan-bosan tak tahu nak buat apa, kami buat pre-bbq. Dekat depan rumah saja. Jadilah untuk santai-santai. Hihi.


Masuk Isnin sebenarnya tepu tak tahu nak buat apa. Dalam tak tahu nak buat apa, ajak saja tok mak dengan budak berdua ke IKEA. Masa ni tinggalkan Adam sebab dia baru tidur. Tak sangka tertinggal lama pula. Sekali dia bangun. Nangis-nangis kenapa tak bawa dia keluar (dalam bahasa dia). Terpaksalah ummi dia bawa pergi makan kat kedai sebelah rumah ni. Hahaha. Terdiam terus. Happy. Sorry Adam, next time ummi tak tinggalkan dah. Huhu.

ni kat MyTown sebelah IKEA Cheras

Selasa ada program dengan geng mak-mak cantik. Berdiskusi untuk tambahbaik lagi strategi yang ada. Untuk kembangkan empayar Shaklee masing-masing. Sekejap saja sampai petang.

Masuk Rabu, dah lost tak tahu nak buat apa. Sekali geng mak-mak cantik ajak jumpa kat Kemensah sana. Saja nak ambil angin tepi sungai. Actually jealous dengan seorang kawan tu. Malam sebelumnya dia pergi makan kat BBQ Lamb KL, Kemensah tu. Sedap gila nampaknya. So, untuk pujukan, dia ajak kami datang esoknya. Hihi.

di BBQ Lamb KL, Kemensah

di Taman Tasik Ampang Hilir

Kaut anak-anak sekali. Bagi mandi sungai. Sejuk. Sambil tunggu tukang ajak tu yang akhirnya jam 3 petang baru sampai. Haha. Then kami sambung lepak di Taman Tasik Ampang Hilir. Gitu. Lepak taman tasik tahu! Hihi. Selesai hari Rabu. Malam kita layan bola sepak perlawanan akhir. Ya, kita kalah. Huhu.

Since hari Khamis adalah hari sambutan kemerdekaan Malaysia, ummi sangat teruja nak bawa anak-anak ke Dataran Merdeka sebenarnya. Dari anak-anak ni kecil lagi tapi suami tak bagi sebab sesak kan. Jadi kali ini kasijadi! Hihi. Pergi juga.



Tepi SOGO

Sampai lewat sikit tapi masih dapat lihat perarakan sebelum nak habis. Sempatlah tangkap gambar ini buat kenang-kenangan. Lepas tu kami ke Quill City Mall untuk makan dan window shopping.

di Quill City Mall

Malam kami pulang ke kampung di Kajang (Ehehe) untuk sambut Hari Raya AidilAdha bersama keluarga mertua saya. Petang pergi beraya ke rumah kawan-kawan suami dan pulang semula ke Kuala Lumpur.

Selamat Hari Raya AidilAdha daripada kami!

Sebab Sabtu suami terlibat dalam aktiviti korban di surau. Malam tu kami buat bbq lagi sebenarnya. Hihi. Tapi kali ini crowd lebih ramai. Lebih meriah.


Ahad kami buat aktiviti di rumah saja. Basuh kereta bersama anak-anak. Yang penting mereka happy boleh main air lama-lama. Hihi. Tapi petang decide nak keluar juga. Pusing-pusing Pavillion sekejap makan dessert, lepas itu terus ke Taman Tasik Titiwangsa. Pertama kali tahu naik basikal macam ni!

Basuh kereta

di Taman Tasik Titiwangsa

Sepatutnya Isnin sekolah dah buka tapi disebabkan SEA Games kita yang punya, kita dapat 143 pingat emas (wow!) untuk kali ini, jadinya dengan rasa gembira, Perdana Menteri kita telahpun mengumumkan Isnin sebagai cuti peristiwa. Huhu.

Dari tak buat apa-apa, saya penuhkan Aktiviti Anak Semasa Cuti Sekolah dengan menonton cerita The Emoji di pawagam.

Baru lepas keluar dari pawagam

Alhamdulillah, terisi semua hari anak-anak dengan pelbagai aktiviti tanpa sengaja. Hahaha. Seronok juga (ke saya yang perasan seronok. Hahaha!) Semoga anak-anak saya seronok dan hargailah aktiviti yang dijalankan untuk mereka ini kan.

Walaupun tanpa bercuti ke mana-mana, dapat juga mengisi masa mereka tanpa perlu hadap gadget 24 jam. Seriau juga kan nak bagi lama-lama since dah ada sejarah masalah dulu. Hihi.

Okay lah, semoga ada input yang bermanfaat dari entri Aktiviti Anak Semasa Cuti Sekolah kali ini. Penuh dengan aktiviti Taman Tasik saja. Haha. Adios amigos!

Jom tonton hasil kompilasi dari aktiviti Bisnes Online Shaklee saya.

 

No comments: