May 6, 2017

Hadiah Percutian Ini Buatkan Ibu Mereka Sempena Hari Ibu Sedunia

Hadiah Percutian Ini Buatkan Ibu Mereka Sempena Hari Ibu Sedunia

Ibu bapa kita jarang sangat meminta apa yang mereka mahu daripada anak-anak mereka. Sempena dengan sambutan Hari Ibu Sedunia yang bakal menjelma tak lama lagi adalah satu platform untuk kita si anak buat sesuatu yang special untuk ibu kita. Hadiah Percutian Ini Buatkan Ibu Mereka sangat tersentuh hati.



Bila kita nak bagi duit pada mereka, nanti ditolaknya duit tu. Kata dah ada duit, tak perlukan duit, simpan sajalah duit tu buat masa depan ataupun dipulangkan balik dengan cara yang terbaik - ni mak bagi kat anak kamu. Selalu kan jadi macam ni?

Naluri seorang ibu (as i am mother of 3), tak suka atau tak nak tengok anak kita susah. Sampai kadang-kadang kita rasakan bagi duit kat kita tu 1 perkara yang menyusahkan anak pula kan.

Dan sebab itulah anak seperti saya suka bagi mak saya hadiah berupa barang dan paling saya suka bagi adalah makanan. Order dessert atau belanja mak pergi makan di restoran fine dining. Ada yang macam saya? Hihi. Setiap kali ada event istimewa dalam kehidupan macam sambutan hari lahir, sambutan hari ibu dan anniversary kahwin kan mesti nak buat something untuk mak.

Dan saya rasa samalah juga dengan 2 orang rakan dan mentor saya yang berjaya menghadiahkan ibu masing-masing percutian penuh bahagia ke luar negara yang ditaja sepenuhnya oleh si anak! Bukan hanya ibu kandung malah juga ibu mertua! Sangat inspired bagi saya dan buatkan saya juga ingin melakukan perkara yang sama.
Dulu mak apak selalu bawa kitorang pergi oversea, alang2 projek apak kat sana dan bila ada cuti sekolah. 
Bila saya dah masuk kerja, kitorang tanya "Mak bila nak pergi oversea lagi?" 
Mak cakap apa tau, "Asyik aku je bawak. Korang pulak lah bawak kitorang." Huhu. 
Masa tu saya dok kira-kira gaji, mustahil betul saya nak dapat berjalan luar negara ni. Alah tak pandai manage financial masa tu. 
Tapi saya simpan juga dalam hati, nak juga cuba-cuba bawa mak pak berjalan. Uish rasa mustahil tahu.


Alhamdulillah sekarang mak apak dah jejak 3 negara pun kami sponsor guna Shaklee + gaji FAmes (bos pun amek gaji ja kena kumpul duit 😅) 
Mak apak dah jejak Amsterdam, France (Paris) & Switzerland 
Hidup kami tak mudah. Eh kami bukan makan gaji tau. Geram betul bila ada yang ingat kami ni semudah petik jari duit datang. NEHI!


Kami pun banyak sangat struggle dalam hidup, cuma tak suka cerita bab susah tu je. Buat apa cerita pada awam, boleh bantu masalah ke? 
Segalanya hari ini bukan kudrat kami semata-mata, tetapi lebih kepada ihsan dan kasih sayang Allah. 
Kita usaha dan doa sehabis baik. Biar Allah tentukan hasilnya. 
Yang penting, saya nak by hook or by crook mesti jadi. 💪 
- Puan Khadeeja Hasmad

MasyaAllah syok sangat saya tengok gambar-gambar yang jelas terpalit kegembiraan wajah ibu dan bapa beliau. Dapat berjalan ke 3 negara yang ditaja sepenuhnya oleh si anak. Bayangkan siap encik bapa berjogging di bawah menara Eiffel. Punya syoknya beriadah ke sana. Hadiah percutian ini buatkan ibu mereka sempena hari ibu sedunia rasa dihargai.


Puan Lyna Noh pula telah berjaya membawa ibu, ayah beliau serta ibu dan ayah mertua untuk melancong di luar negara hasil tajaan penuh oleh beliau dan suami. Siap bawa mereka join trip percuma ke Amerika dan Itali!
Sekali lagi kami sekeluarga dijemput utk menyertai trip 6 star VVIP sponsored by Shaklee (kecuali baby Irene sebab belum cukup umur).


Flashback trip Shaklee ni:
2011 - cuma layak dapat 1 tiket utk penginapan hotel di Palace of Golden Horses
2012 - umrah-Istanbul, berdua dgn Master Z
2013 - London-Paris sefamily dgn Mak & Ayah
2014 - USA (LA & San Franc) sefamily dgn mak, ayah & mentua
2015 - Italy sefamily dgn mak, ayah & mentua
2016 - USA sefamily (mak kena jaga baby irene)
2017 - Japan sefamily (mak kena jaga baby Irene)

nampak tak permulaan saya cuma 1 tiket local je. tu pun hotel masa NC tu je.

tapi saya determine utk bagi anak2 saya rasa & ibu bapa serta mentua rasa macamana best nya trip Shaklee.
- Puan Lyna Noh

Saya memang sangat inspired dengan mereka berdua ini yang telah berjaya menghadiahkan sesuatu yang mungkin ibubapa mereka tak pernah terfikir yang anak mereka mampu berikan.

Ini sahaja yang baru saya mampu berikan kepada emak saya setakat ini : Hadiah Vivix Shaklee Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia.

Walaupun saya masih belum mampu sekarang (dan sedang kumpul duit khas untuk travel), saya akan sedaya upaya untuk hadiahkan percutian buat parent dan parent in law terutamanya kedua-dua ibu saya. Semoga bakal hadiah percutian ini buatkan ibu saya sempena hari ibu sedunia rasa dihargai. InshaAllah.

No comments: