May 7, 2017

5 Resepi Menu Sahur Yang Menarik Untuk Ibu Menyusu

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Kali ni saya nak kongsi topik best iaitu 5 Resepi Menu Sahur Yang Menarik Untuk Ibu Menyusu. Wah! Best kan? Saya pun excited nak buat masa sahur nanti. Tak sabar!


Okay as basic knowledge, tahu kan kita sebagai ibu menyusu kena jaga pemakanan kita terutama masa anak kita masih bawah 6 bulan (fasa fully breastfeed), belum masuk yang alergi atau ada ekzema kan.

Fasa 6 bulan ke atas pun kena jaga juga tapi dah boleh mula perluaskan skop makan tu since anak kita dah mula makanan pertama mereka kan. Dan selalunya akan ada effect sikit (sikit saja) terhadap kuantiti susu. Nak tahu macam mana - sama ada pam tak seperti selalu atau bengkak susu.

Bila masuk bulan puasa, lagilah kita kena buat preparation awal dan make sure sesi pengepaman berjalan lancar tanpa stress bila susu drop sikit. Sebenarnya bukan drop pun tapi sebab kita kurang minum air (disebabkan puasa), jadinya akan ter-effect lah susu sikit.

Jadi, jangan risau sangat ya. Relax saja. Sebab nak susu banyak, kita kena relax dan gembira. Heee. Okay tanpa buang masa, saya nak kongsi 5 resepi yang senang dibuat untuk sahur di bulan puasa. Ada yang dah saya cuba dan ada yang bakal saya cuba. Heee.

Baca 5 Cara Maintian Stok Susu Dengan Set Menyusu Shaklee Ketika Puasa <<< di sini.

1) Overnight oats


Yang ini famous betul dari 2 tahun lepas kan. Alhamdulillah saya dah cuba dan saya suka! Mampulah tahan lapar sehingga jam 4-5 petang. Tapi make sure cek dulu bahan-bahan yang digunakan. Macam chia seeds tak di-recommend ambil ketika sahur sebab dia serap air. Gitu. Ok, ini antara resepi yang awak boleh cuba.


2) Chicken salad


Ha, nak yang healthy tapi ada protein, ada sayur, ada buah? Bolehlah prepare salad ayam untuk sahur tu. Senang pun senang. Mudah pun mudah. Ayam tu bolehlah nak rebus ke, nak stim ke, nak grill ke ikut anak tekak. Macam saya lebih suka kukus atau grill atas kuali. Perisakan sikit dengan garam dan black pepper. Ataupun gaul kunyit pun jalan. Salad dah mudah, fresh kan. Cuma kena prepare seasoning sauce lah. Sos Ceaser pun okay sangat dah.

3) 7 biji kurma



Setakat yang saya survey, kawan-kawan saya ramai yang amalkan 7 biji kurma semasa sahur. Memang mampu tahan lapar dan kenyang. Kurma kan banyak jenis vitamin dan mineral. Boleh juga nak blend dengan susu.

4) Ikan bilis masak kicap


Ini menu paling simple saya selalu masak ketika sahur. Hehe. Suami saya okay saja ulang-ulang makan lauk ni. Of course makan dengan nasi. Simple saja. Memang mudah. Kadang-kadang lauk ni saja. Kadang-kadang rajin terlebih, masak lauk sayur juga. Hee. Okay lah ini resepi yang teramat ringkasnya.


5) Set Menyusu Shaklee



Orang macam saya yang ada masalah metabolisma tinggi, memang tak cukup kalau hanya 7 biji kurma atau senarai resepi di atas ni. Memang perlu double portion atau sekurang-kurangnya nasi berlauk. Jadi, alternatif saya dari tambah berpinggan-pinggan adalah minum ESP & Mealshakes shake. Dengan ambil Set Menyusu Shaklee ni baru saya mampu bertahan sepanjang hari berpuasa. Kurma jangan tinggal ha...

Saya dalam proses nak siapkan e-book untuk ibu muda yang sedang menyusu yang akan berpuasa tak lama lagi. Doakan saya ya. Sekiranya berminat nak order Set Menyusu Shaklee ini, boleh Whats App : 012-3672560 atau klik gambar di atas untuk online purchase.

2 comments:

Armzanal said...

Nak tanya la sis. Klu set nyusu tu tahan berapa lama?

wan norasiah said...

Kena try ni