February 1, 2017

Set Menyusu Shaklee Untuk Ibu Menyusu Berpuasa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni saya nak kongsi tentang Set Menyusu Shaklee Untuk Ibu Menyusu Beruasa. Sebelum tu, saya nak ucap terima kasih kerana sudi singgah blog saya. Jemput komen.



Sinonimnya ibu menyusu ni akan sentiasa lapar since kita kehilangan kalori semasa menyusu atau mengepam susu. Dan kena minum air selalu kan. Azabnya kalau tak dapat minum air tu macam kehausan 10 hari tak makan kan. Huhu.

So, macam mana kita nak puasa kan? Ada yang fizikal dan mental kuat, inshaAllah boleh puasa penuh (kecuali kalau dah period). Kalau yang macam saya ni, nak nak oversupply pula. Nak tahan 14 jam memang azab. Lagi dekat nak buka lagi macam zombi.

Menggigil tahan lapar dan dahaga, kadang sampai nak pitam dah gigilnya tu. Masa tu baru pukul 1 petang. Baru zohor. Memang tak mampu nak tahan. Akhirnya, bukalah puasa saya.

Alhamdulillah sekarang hampir boleh puasa penuh walaupun ada lah tinggal 3 hari macam tu tapi elok lagi dari masa awal-awal dulu. 5-6 hari tinggal. Huhu. Sebabnya mula dari kahwin sampai sekarang tak berhenti mengandung - bersalin - menyusu. Haha.
2011 : pregnant
2012 : menyusu & mengandung anak kedua
2013-2014 : menyusukan anak (tandem nursing)
2015 : mengandung anak ketiga
2016 : menyusukan anak
InshaAllah 2017 : masih menyusukan anak. Hihi.
Kalau ikutkan memang ada fatwa tentang hukum berpuasa ketika mengandung dan ketika menyusukan anak kan? Dan mengikut fatwa yang paling kuat pun kata kena ganti balik puasa apabila sudah mampu ganti puasa. Setiap kali tak puasa (tahun berikutnya) tu, kena bayar fidyah dan bila dah tak pregnant atau menyusu, kena ganti balik.

So, ada baiknya kiranya kita berpuasa saja selagi mampu kan. Tu lah yang saya nak ajak ni. At least nanti tiadalah kes tak ingat berapa hari nak ganti. Berapa banyak fidyah nak kena bayar. Fidyah pun berganda tau ikut tahun dan hari yang tinggal puasa. Lagi banyak jalan kerjanya nanti. Heee.

So, kat sini saya nak share-lah sikit tentang Set Menyusu Shaklee yang boleh bantu kita, ibu menyusu untuk berpuasa dengan sihat dan penuh dengan nutrisi. InshaAllah.

Set Menyusu Shaklee Untuk Ibu Menyusu Berpuasa

Selain tu, ini antara kebaikkan lain mengambil set ini:

Alhamdulillah, mengikut pengalaman saya yang dah hampir 5 tahun menyusukan anak ni (2011 tak masuklah kan sebab mengandung punya cerita. Hee.) dan nak masuk 4 tahun menggunakan set ini ketika sedang berpuasa, saya sangat berpuas hati.

Alhamdulillah, saya mampu berpuasa dengan jayanya sepanjang tempoh berpuasa. Ada juga rasa lapar tapi dah nak pukul 6 petang baru terasa. Ini orang yang tak menyusu pun nafsu makan dia membuak-buak kan? Hihi. Tengok, kita juga mampu berpuasa seperti orang yang tak menyusukan anak berpuasa.

Rasa-rasa nak buat belian sekarang untuk ganti puasa tahun lepas atau tahun-tahun lepas, boleh klik link ini : Set Menyusu Shaklee Untuk Ibu Menyusu Berpuasa.

Lepas dah berjaya buat tempahan, bolehlah hubungi saya untuk mengetahui cara makan dan waktu pengambilan yang sesuai untuk bulan puasa nanti di nombor : 012-3672560.


Nak COD Produk Shaklee? ---> Pengedar Shaklee Seluruh di Malaysia

Nak Beli Shaklee Online? ---> Beli Produk Shaklee Online

Nak Diskaun Harga 25% Selamanya? ---> Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: