February 28, 2017

Jaga Kesihatan Atau Beli Insurans Mana Lebih Penting?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Okay kali ni saya nak kongsi tentang Kempen Kesedaran - Jaga Kesihatan Atau Beli Insurans Mana Lebih Penting?



Actually pada pendapat saya, dua dua penting. Insurans untuk skop lain. Penjagaan kesihatan pun skop lain. Tapi, yang saya nak share ni adakah kita tak perlu jaga kesihatan once dah ambil insurans? Jom tengok saya kupas.

Okaylah, bagi saya juga penjagaan kesihatan sangat perlu either kita beli insurans ataupun tidak. Macam saya, saya ambil keputusan untuk jaga kesihatan dulu dari beli insurans dulu. Ni dah 4 tahun mulakan supplemen baru saya ambil insurans. Hehe. Alhamdulillah, saya so far so good. Belum masuk hospital kecuali sebab bersalin. But, later mana kita tahu kan?

Konsep saya senang saja, lebih baik mengambil insurans dan menjaga kesihatan daripada hanya mengambil insurans tapi kesihatan terabai. Ini lebih baik untuk menjamin kesihatan kita di masa akan datang dan untuk memudahkan orang di sekeliling kita juga.

Bayangkan, sekiranya kita dah pun ambil insurans dan tidak menjaga kesihatan. Makan tanpa pantang bak orang tua-tua kata. Satu hari tiba-tiba kita disahkan menghidap penyakit kencing manis. Dan biasanya kandungan gula dalam darahlah yang tinggi. Belum masuk penyakit 3 serangkai yang mana kita juga berisiko menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Bayangkan ya, once kita dah terkena kencing manis, memang kita kena cut off kebanyakkan makanan yang mempunyai gula. Paling sedih bila kita terhidap di usia muda. 1 nikmat telah ditarik dari tidak menjaga kesihatan. Tapi ia tak berhenti di situ.


Seperti yang kita semua tahu, Diabetes atau penyakit kencing manis ini mempunyai tahap-tahapnya. Yang mana merangkumi dari isu kenaikkan paras gula dalam darah saja, yang mana nanti kita perlu menyuntik insulin sendiri ke badan kita kerana badan kita tidak dapat menghasilkan insulinnya sendiri. 

Kemudian ia mula attack buah pinggang yang menyebabkan buah pinggang makin rosak dan lama-lama ia tidak lagi berfungsi. Episod dialisis buah pinggang bermula. Saya ada kenal dengan seorang penghidap kencing manis yang terpaksa membersihkan buah pinggang beliau setiap minggu kerana penyakitnya makin teruk.

Dan apabila usia kita menginjak, segala hormon dan sistem badan kita akan menjadi merosot. Di sinilah bakteria mula menyerang dan menghasilkan nanah. Dia makan sedikit demi sedikit badan kita. Itulah yang terjadi kepada orang yang perlu melakukan pembedahan membuang kaki atau tangan akibat busuk di makan nanah.

Dengan insurans yang kita ambil untuk tampung keperluan ubatan sepanjang hayat hanya kerana kesilapan kita tidak menjaga kesihatan yang baik, puas hatikah kita? Sebab itulah saya sarankan untuk kita menjaga kesihatan walaupun telah mengambil insurans. Dan peluang untuk sihat sehingga berusia amat besar.
Oh saya baru tahu yang sayur peria katak mampu merawat penyakit kencing manis. So, saya senaraikan Resepi Peria Katak Mengikut 4 Jenis Budaya.
Bagaimana untuk kita boleh mulakan menjaga kesihatan kita untuk 20 tahun akan datang? Okay di sini ada 5 tips mudah untuk memulakan penjagaan kesihatan dari sekarang.
  • Minum air mineral sekurang-kurangnya 2.5L sehari.
  • Makan sarapan yang sihat dan baik untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
  • Amalkan pemakanan mengikut piramid makanan.
  • Lakukan senaman sekitar 20 hingga 30 minit, 5 hari seminggu.
  • Dapatkan tidur yang cukup mengikut usia kita.

Amalkan dulu tips yang mudah ini, inshaAllah yang lain juga akan terikut sama. Menjaga kesihatan bukan bermakna kita perlu diet untuk kurus tu tapi lebih kepada amalkan pemakanan dan gaya hidup  yang sihat. InshaAllah kita akan terasa sihat sepanjang hidup.

Dengan ini, saya akhiri entri kali ni dengan sebulat suara yang menjaga kesihatan memang sangat penting walaupun kita telahpun membeli insurans. Cabaran Kempen Kesedaran Oleh Group Superstars ini telah saya sahut daripada Puan Azyyan Dari Shah Alam dan saya dengan sukacita mencabar Puan Olie dari Ampang untuk menyahut seruan untuk menyebarkan tentang kempen ini kepada orang ramai.

Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

1 comment:

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey