January 26, 2017

Sambungan Pengalaman Bercuti Ke Makassar Untuk Majlis Kahwin Abang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Semoga semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat. Ok, saya nak cerita Sambungan Pengalaman Bercuti Ke Makassar Untuk Majlis Kahwin Abang.

Karebosi = stadium.
Bawah stadium ada mall.
Nak baca mukadimah cerita macam mana saya boleh terjebak turut serta ke Makassar ni, boleh klik link kat atas (yang perkataan warna lain tu). Hehe. Ok, dah baca? Saya sambung ya. Jangan terpinga-pinga pula. Hihi.

Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti - Set Travel Shaklee.

Ok, sesampai saja kami di airport, abang dan tunang dia, ambil kami. Bawa pergi makan (padahal dalam flight dah makan dah. Haha.) Masa sampai tu cerah saja cuacanya. Tengah-tengah kami nak makan tu, terus mendung. Hujan lebat. Tepi laut kan. Ni gambar hujan nak datang ke arah kami.


Hujan on the way
Makanan pertama yang kami nak rasa adalah coto. Lebih kurang soto nasi impit tapi mereka pakai ketupat betul. Kat sana paling popular manisan yang ada buah pisang. Makassar dan pisang berpisah tiada. Haha. Of course manis gila.

Coto
Es Pisang Ijo


Lepas makan-makan, kami ke hotel ala-ala resort, Wisma Mutiara. Terus pilih bilik dan berehat. Sebab esoknya majlis pernikahan abang. Malam tu kami makan di Restoran Ikan Bakar Lae-Lae. Alhamdulillah sedap! Tapi harga lebih kurang KL saja. Murah sikit je. Hee.

Hotel Wisma Mutiara
Restoran ni buka malam.
Mengancam!
Ku sangkakan datang sana as pengiring dan tetamu saja tapi sangkaanku salah belaka. Namapun abang, mana nak buat hantaran sendiri weh. Hahaha. Kami kena gubah sendiri! Nasiblah ada adik yang budget reti sangat buat hantaran. Jam 2 pagi jugalah nak settlekan. Yang paling lambat tidur. Huhu.


Yang ada reben pink semua saya dan adik buatkan
Pagi Isnin tu saya di antara yang bangun awal jugalah. Haha. Memang tak cukup tidur. Siap-siap breakfast di hotel dan terus ke Masjid Jendral Soedirman Ratulangi, Makassar untuk majlis pernikahan.


Sebelum nikah

Dah nikah. Yeay!
Alhamdulillah jam 11 pagi, abang saya selamat bernikah dengan pasangannya, Rahmawati. Tahniah kepada korang berdua! Heee. Lepas nikah, ada jamuan makan di sebelah masjid. Makan makan lepas tu balik ke hotel.

Petang saya tak ke mana. Hanya suami yang follow ke rumah pengantin bersama famili. Sebab saya mengantuk tahap maksima punya. Hahaha. Redeem tidur dengan anak-anak. Malam tu makan di hotel. Oh, makanan kat hotel semuanya disediakan oleh pihak pengantin perempuan.

Alhamdulillah sedap-sedap semuanya. Breakfast makan bubur nasi dan nasi uduk. Ada roti sapu jem juga. Air teh o panas. Malam makan makanan tradisi orang Palopo. Namanya kapurung. Kuah macam kuah laksa tapi makan dengan sagu bentuk bulat-bulat. Sedap!

Macam nilah Kapurung tu.
Sedara mara pihak perempuan.
Then, lepas makan mengada nak pekena buffet durian tepi jalan sebab nampak banyak gila kedai buffet durian. Sebelah kedai ada jual murtabak. Murtabak tu bukan macam murtabak kita. Dia salut telur then goreng. Yang berperisa manis = apam balik tebal tu saja. Tapi yang best dia tak kedekut isi. Hihi.

Inilah rupa murtabak goreng Terang Bulan, Makassar
Yang ini murtabak manis. Boleh pilih perisa ni.
Ok, perjalanan hari ketiga akan saya sambung di entri seterusnya ya. Stay tuned! Heee. Gambar banyak sumber dari Google since bateri Handphone mati dan tiada line internet. Sad. Huhu.

Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: