January 22, 2017

Sambungan Pengalaman Bercuti Ke Kundasang Dan Kota Kinabalu, Sabah

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar? Alhamdulillah saya sihat. Okay ni nak kongsi pula Sambungan Pengalaman Bercuti Ke Kundasang Dan Kota Kinabalu, Sabah Bersama Keluarga Suami. Kira episod dua lah. Hehe.

Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti - Set Travel Shaklee.

Hari ke-3 (Jumaat) pagi sarapan di hotel. Then kami ke pasar Filipino (pasar kraftangan). Dia ada beberapa bahagian. Dari hujung kedai-kedai buah, kedai-kedai bahan kering, kedai kraftangan dan hujung kedai kerepek. 

Pasar basah pun ada, selang parking lot. Malam ada pasar malam. Siang kosong lah bahagian luar. Beli sourvenior kat situ. Then balik apartment sementara tunggu suami-suami solat jumaat. Lunch kami di Oceanus saja. Nandos. Huhu. Sempat singgah di SmartStreet Petronas dalam mall tu.

Di Petronas SmartStreet
Pemandangan di luar mall Oceanus (the other side)
Then petang ingat nak berjalan tapi tak tahu nak ke mana jadi saya ajak ke branch Shaklee KK. Hihi. Alang-alang stok makan sendiri ada yang dah habis, pergilah beli kejap.


Kemudian kami decide nak ke Jessleton Jetty. Cantik! Angin bayu nak sunset gitu. Sakanlah tangkap gambar je. Hihi. Malam makan kat apartment saja dan bawa anak-anak mandi kolam.

Kami di Jessleton Point Jetty

Last day (Sabtu) saya dan husband decide nak ke Mari Mari Cultural Village since dari awal kami datang kami mencari apa identiti Sabah ni, makan dia lebih kurang kat semenanjung, harga barang pun lebih kurang. Huhu. 

Google punya goolge, tanya punya tanya, ada yang suggest ke Mari Mari ni. Jadinya, decide terus. Mak mertua ikut sekali. Kakak ipar & bapa mertua pergi ke akuarium. Pecah dua. Hehe.

Mula-mula tengok harga RM150 satu kepala, telan air liur juga. Since Bonus Shaklee dah masuk, pergi sajalah. Hehe. Kami naik uber ke sana. Murah! Hehe. RM40 sahaja pergi balik. Van bagi kakak ipar guna since kami siap-siap terus angkut beg masuk van dan mereka jalan di sekitar bandar kan.


Sampai saja di MMCL tu, tanya harga dulu. Rupanya sekepala RM90 sahaja (dewasa), kanak-kanak RM80 (5-12 tahun). Lawat 5 buah rumah, tengok dance performance & termasuk lunch/dinner sekali. Kira oklah pada saya. Sedap pula tu makanan dia.

Jalan masuk ke Cultural Village
Seronok bila tahu budaya kaum masing-masing dan dapat rasa makanan dan minuman kaum yang halal. Macam tuak tu tengok sajalah. Huhu. Dorang banyak kaum penggal kepala dulu-dulu. Nasib sekarang dah tak amalkan. Huhu.


Tapak tarian kaum Murut
Makanan kaum Dusun


Hasil masakan dalam buluh. Sedap gila!

Air tuak. Tak boleh minum. Huhu. Dia kata 50-60% alkohol

Pakaian anak dara kaum Rungus.
Hidangan madu kelulut. Lain rasa dari madu biasa.

Turun dari rumah kaum Rungus

Pakaian perempuan kaum Lundayeh

Tatoo inai oleh kaum lelaki Murut


Adam pun nak join juga. Hee
Berbaloilah 2 jam hasil lawatan tu. Ada tour guide yang iring. Macam kat Sarawak tak ada tour guide dan tiada package makan. Suku kaum Sarawak dan Sabah lain tau. Tapi ada mirip-mirip. Prepare your health, physical dan mental ya. Tak semua orang gigih nak jalan 1jam 30 minit dalam tu.

Balik dari sana singgah kejap di Pasar Filipino. Borong last kopek. Haha. Then terus ke airport. Flight pulang jam 7.50 malam. Sampai KLIA2 dalam jam 11.15 malam macam tu. Delay sikit. 

Then kami stay di Plaza Premium Lounge untuk naik flight seterusnya ke Makassar. Haha. Sambung next entry ok. Panjang sangat dah ni.

Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: