January 25, 2017

Pengalaman Bercuti Ke Makassar Untuk Majlis Kahwin Abang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Entri kali ni saya nak kongsi tentang Pengalaman Bercuti Ke Makassar Untuk Majlis Kahwin Abang. Sebelum tu saya nak ucap terima kasih kerana sudi singgah blog saya.

Airport Makassar


Ha'ah ya abang sulung saya telah melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan beliau yang menetap di daerah Palopo, Makassar, Indonesia. Macam mana boleh kenal? Yang saya tahu mereka kenal semasa di Filipina ketika sedang bercuti secara backpackers. Lepas-lepas tu mereka punya hal. Hehe.

Nak dijadikan cerita sebenarnya saya tak nak ikut pun mula-mula sebab tiket kapal terbang mahal. Nangis laki mak (laki sayalah...hihi) nak lebur duit untuk 4 seat (2 dewasa dan 2 kanak-kanak) + 1 infants flat rate RM53 (pergi sahaja) kan. Jadinya, plan emak, abah dan sepupu saya suami isteri sahaja yang pergi.

Nak dijadikan cerita lagi, actually plan nak kahwin ni dari awal tahun 2016 lagi emak saya dah suruh mereka kahwin. Tapi tiada jawapan dari abang sebab sibuk benar dengan bisnes beliau. Lepas mak warning, barulah beliau respons. Hihi. 

Abah suggest 16 Januari 2017 sempena hari ulangtahun kelahiran abang. Abang senyap saja. Sebulan sebelum kejadian, mak tanya lagi jadi ke tidak, rupanya jadi!

Mulanya plan lagi nak nikah saja. Sebab tu ok sajalah pergi 4 orang saja dari Malaysia. Tup tup mereka nak juga buat majlis makan sikit alang-alang dah nikah kan. Dalam pada kelam kabut saya nak ke Sabah (11 Januari 2017), hari Isnin tu mak tanya nak ikut tak.

Lepas mak cerita semua, rasa macam kasihan pula kalau biarkan mak abah saja yang pergi. Jadi pakatlah kami adik-beradik untuk cari tiket malam tu. Esoknya (Selasa) terus pergi buat passport 4 beranak! 

Ini harga buat passport sekarang
Gamble tak? Hihi. Settle saja, malam kena kemas beg nak pergi Sabah esok pagi jam 10 pagi. Hahaha! So, lepas settle cuti-cuti di Sabah, saya dan suami buat keputusan untuk stay saja di KLIA2. Sebab flight dari Sabah jam 8.45 malam sampai KLIA2 jam 10.45 malam. 

Esoknya nak ke Makassar jam 7.50 pagi! Hahaha. Tak ke kelam kabut nanti. So kami stay di Premium Plaza Lounge. Bilik katil single, ada toilet & breakfast included for 2 persons.

Sumber google. Ini pemandangan bilik single.
Belakang ada toilet.
Not bad bilik dia walaupun kecil sebab memang khas untuk seorang (kami saja yang sumbat jadi 5 orang. Hihi.) Dapatlah tidur kejap. Jam 4.30 pagi dah kena bangun siap-siap nak check out. Oh kami ambil yang 6 jam stay saja.

So, bergegas ke tempat check in luggage jumpa mak abah semua. Settle check in, macam biasa terus ke waiting room lah. Hihi. Kami sampai di Makassar lebih kurang pada jam 11 pagi. Dijemput oleh abang saya dan tunang dia.

Ok sampai sini dulu ya. Nanti saya sambung trip di Makassar pula.

No comments: