January 2, 2017

6 Tips Cara Saya Rancang Kewangan Pada Ekonomi Saat Ini

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Apa khabar? Semoga semua yang baca blog ini dalam keadaan sihat. Kali ini saya nak kongsikan tentang 6 Tips Cara Saya Rancang Kewangan Pada Ekonomi Saat Ini.



Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk hidup sehingga sekarang. Dah pun masuk 2 Januari 2017. Cepat betul kan masa berlalu sekarang. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Huhu.

Ok, back to the topic, awal tahun ni kita dah pun dikejutkan dengan kenaikan harga minyak kenderaan. Huhu. 20 sen pula tu. Memang terasa betul. Harga tayar pun naik. Agak-agak lepas ni apa yang akan naik harga? (Soalan cepumas...huhu)

Memang sedikit sebanyak, memang banyak kita akan terasa dengan kenaikan harga barang ni. Dengan kalau yang berkeluarga macam saya, anak 3 orang. 2 orang dah masuk tadika, yuran tak nak kalah lagi. Dengan expenses-expenses bulanan. Memang kena kerja keras untuk sara kehidupan.

Suami ada tapi takkan kita sebagai isteri nak biarkan dia sorang-sorang buat kerja. Nanti balik rumah lambat, pepagi buta, kita marah. Tak balik langsung lagilah merajuk agaknya. Dah lah kerja sendiri. Huhu. Eh mengata diri sendiri. Hahaha.

Sebab tu saya nak buat Bisnes Shaklee ni betul-betul, atleast dapat menampung sikit keperluan asas yang kecil-kecil ni. Rumah, kereta, yang besar-besar bagi dia tanggung. Hehe. Yang lain boleh kautim lagi. Gitu.

Ok ni antara tips yang saya boleh kongsi hasil dari Bonus Shaklee yang saya dapat tiap bulan:

1) Asingkan siap-siap duit untuk simpanan
Buat kira-kira sendiri. Macam saya, 10% untuk travel, RM30-50 untuk setiap anak + diri sendiri. Husband punya kita paksa dia bagi RM50 juga. Ambil dan simpan di dalam akaun Tabung Haji atau mana-mana akaun yang tiada kad bank.

2) Bayar zakat pendapatan
Tak banyak kan. 2.5% sahaja dari total kasar pendapatan. Nak bayar lebih dialu-alukan. Nak bayar direct ke asnaf pun boleh tapi kalau bayar di pusat zakat boleh dapat deduction sikit untuk cukai pendapatan. Hihi.

3) Bayar terus bil-bil, hutang yang patut
Macam saya, bahagian saya adalah bil air, api, elektrik dan bil telefon. Bayar siap-siap settlekan 1 hari. Kot ada hutang dengan orang, bayarlah by ansuran.

4) Barang dapur
Ada balance duit, barulah salurkan kepada minyak kereta dan barang dapur. Beli yang penting saja.

5) Miscellaneous
Selalunya ada lebih sikit, saya buat belanja suami & anak-anak makan-makan kat tempat yang lebih selesa. Yang ini, boleh je nak guna dari untung perniagaan.

6) Sedekah 
Jangan lupa bersedekah dan berserah dengan Allah, percaya yang DIA mampu cukupkan rezeki kita untuk selama-lamanya.

Ok ke ok? Masih beralasan? Hanya kita sahaja mampu ubah hidup kita. Dulu, saya pun beralasan. Asyik tak cukup je duit. Kadang-kadang belanja terlebih-lebih dari pendapatan. Buatkan saya fikir kenapalah selalu tak cukup.

Tapi bila mula menyimpan, Alhamdulillah rasa syukur sangat. Rezeki yang Allah bagi cukup saja. Kita yang kena mula percaya kat DIA. InshaAllah. Semoga bermanfaat entri saya kali ini. Sekian.

Nak Beli Shaklee? --> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online? --> Beli Produk Shaklee Online

Nak Daftar Ahli? --> Daftar Ahli Shaklee

2 comments:

Azzyan Kay said...

Nice sharing! Nampak mudah tapi sering dilupakan.. Thanks for your insightful reminder..

Pengedar Shaklee Seri Kembangan said...

Sangat bagus k.Fatin...bijak bahagi kewangan