January 9, 2017

6 Filem Yang Bagus Untuk Aplikasi Dalam Hidup

Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Apa khabar? Terima kasih kerana sudi singgah blog saya. Semoga semua sihat ya. Entri kali ni saya nak kongsi tentang 5 Filem Yang Bagus Untuk Aplikasi Dalam Hidup kita.



Since saya ni penggemar cerita hindustan, jangan frust haaa kalau saya duk suggest cerita hindustan. Hehe. Bukan yang jiwang karat punya. Yang berilmu since mereka juga pandai adaptasi filem dari cerita fiksyen. So, saya suggest 4 filem bollywood & 2 filem hollywood.

1) 3 Idiots


Cerita ni berkisahkan tentang 3 orang sahabat dari pelbagai latar belakang yang memasuki kolej kejuruteraan. Masing-masing mempunyai masalah tersendiri tapi tak menghalang mereka untuk mencapai cita-cita yang mereka impikan instead of mengikut kata ibu bapa yang nakkan anak mereka menjadi jurutera.

Apa yang saya nampak dalam cerita ni adalah:
  • Semangat berkawan. Tak kiralah berada di mana, still akan ada untuk susah senang.
  • Capai impian kita no matter how hard it will be.
  • Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain.

2) PK


Basically PK ni seorang alien yang datang ke Bumi sebab kapal terbang dia terhempas. Dan kunci kapal terbang dia dijual kepada sami terkenal di India. Misi nak dapatkan balik kunci tu lah, dia secara tak sengaja terpaksa berdebat dengan sami tersebut tentang ketuhanan.

Since kita berlainan agama, saya tak akan sentuh tentang agama. Tapi apa yang bagusnya cerita ni:
  • Sembahlah tuhan yang satu. Bukan pada pembawa agama. Pembawa agama kita sanjung bukan sujud kepadanya.
  • Jangan jual agama untuk mendapatkan harta sendiri.
  • Dont judge a book by its cover. Jangan buat assumption sendiri dan frust sorang-sorang. Seek for the truth.

3) Taare Zameen Par


Berkisah tentang seorang budak sekolah yang mengalami masalah disleksia yang tak diketahui oleh famili dan cikgu sekolah. Sifat lambat dia disalahertikan sebagai pemalas dan tak pandai langsung. Tapi, lepas seorang cikgu seni masuk sekolah tu, cikgu tu tahu dia seorang yang istimewa dan encourage untuk dia jadi seorang murid yang pandai.

Kita sebagai parents perlu alert anak kita dari masa kecil lagi. Perhatikan kalau-kalau ada tanda-tanda mereka bermasalah. Selalunya jika bermasalah, tak semestinya mereka confirm autistik ataupun disleksia. Simptom mungkin sama tapi sebab tak sama. Macam anak saya terlampau fokus dengan phone, simptom yang ada seperti autistik padahal dia bukan autism. Ok?

4) Swades


Filem tentang seorang pegawai di NASA pulang ke tanah air untuk bawa pengasuh dia tinggal bersama-sama di Amerika. Dari situ dia mengenali kembali asal-usul dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup perkampungan pengasuhnya.

Positifnya:
  • Berbakti semula ke tanah air. Pulang dan bantu warga kampung yang daif.
  • Selesaikan masalah, bukan lari dari masalah.
  • Gunakan kejayaan kita untuk bantu orang lain berjaya.

5) 7 Pounds


Cerita tentang seorang lelaki yang rasakan dia menjadi punca eksiden paling besar yang melibatkan 7 nyawa dan membuatkan isterinya terbunuh untuk menebus dosanya dengan menderma organnya kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat. 

Proses mencari 7 orang ahli keluarga yang memerlukan pemindahan organ untuk terus hidup sangat smooth sebab sorang pun tak tahu kenapa dia tolong. Walaupun sepatutnya dia tak patut bunuh diri sebab nak bagi jantung, tapi niatnya murni.

Apa yang positif kita perlu ambil:
  • Sebagai seorang muslim, kita perlu bertaubat dengan apa yang kita buat salah.
  • Instead of membunuh diri, kita sepatutnya berazam menjadi kaya dan bantu 7 keluarga ini yang memerlukan pertolongan.
  • Derma organ adalah Harus oleh Islam.

6) Inside Out


Cerita animasi tentang 5 perasaan utama yang control seluruh perasaan kita iaitu : joy, sadness, disgust, angry & fear. Cerita bagus yang menunjukkan kita patut control semua emosi kita instead of sentiasa ingin rasa gembira. Sampai satu masa kita akan rasa kosong dan tak tahu apa yang kita lakukan tu betul ke salah.

Apa yang positif saya boleh dapat:
  • Baru kita tahu apa itu minda bawah sedar. Kenapa wujudnya mimpi.
  • Kita patut bertindak mengikut akal dan perasaan bukan hanya dengan perasaan sahaja.
  • Kita patut ambil supplemen untuk control perasaan kita. Hehe.

Ini antara The Best Movie bagi saya untuk tontonan dan boleh diaplikasikan dalam hidup kita. Banyak lagi filem lain sebenarnya tapi idok le saya nak letak semua kan. Hehe. Selamat mencari dan menonton!

Nak Beli Shaklee? --> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online? --> Beli Produk Shaklee Online

Nak Daftar Ahli? --> Daftar Ahli Shaklee

No comments: