December 16, 2016

Set Menyusu Shaklee Bantu Banyakkan Susu Untuk Tandem Nursing

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Semoga semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat senantiasa. Kali ni saya nak kongsi tentang Set Menyusu Shaklee Bantu Banyakkan Susu Untuk Tandem Nursing.



Alhamdulillah, saya pernah diberi peluang untuk tandem nursing anak-anak saya. Sebab gap anak rapat-rapat kan. Alhamdulillah. Penjimatan berganda. Huhu. Tahu kan? Tandem nursing ni ada 3 jenis, iaitu:
  1. Menyusukan anak kembar
  2. Menyusukan bayi & adik-beradik bayi yang lebih besar
  3. Menyusu ketika mengandung
Masa saya menyusukan anak kedua saya, saya pam dan bagi susu fresh tersebut kepada anak sulung saya. Masa tu dia dah tak nak direct, jadi eloklah lebihan pam tu saya beri pada dia. Masa saya bersalinkan anak ketiga, anak kedua masih lagi nak menyusu. Tapi saya dah mula stopkan slowly. Saya bagi pada waktu malam nak tidur atau bila rasa bengkak susu.

Biasalah, nak tandem nursing (menyusukan 2 orang sekali) ni memang kena kudrat dan stok susu yang banyak. Alhamdulillah, memang susu saya banyak. Nak nak bila consume Set Menyusu Shaklee. Lagi bertambah banyak. Huhu.

Alhamdulillah selama pengalaman saya, tak terjadi pun mitos yang mana bila berkongsi susu, nanti seorang anak kita akan mengalah kononnya pembesaran jadi lambat. Jadinya seorang kecil seorang lagi besar. Ini mitos ya. Anak-anak saya membesar dengan jayanya.

Susu banyak, takkan kita nak buang pula kan? Sama saja konsep dengan beri anak susuan cuma anak susuan tidak minum secara direct. Jadi, since si kakak masih nak, saya teruskan saja bagi. Alhamdulillah, susu cukup. Malah terlebih.

Tak salah nak tandem nursing selagi kita si ibu mampu nak cooperate dengan 2 orang anak dan masa. Memang kadang-kadang tu letih dia lebih sikit. Rasa lapar of course lebih. Tapi saya bahagia sebab dapat susukan anak cukup 2 tahun. Malah lebih sampai umur 3 tahun 3 bulan. Huhu.

Sebab tu jugalah saya ambil supplemen untuk support masalah-masalah yang saya hadapi ni. Dan alhamdulillah saya berjaya hadapinya. Dan sekarang saya sedang menyusukan anak ketiga yang berusia setahun 2 bulan ketika ini.


Sekiranya awak juga mengalami masalah yang sama saya hadapi dan nak atasinya, hubungi saya di talian: 012-3672560 untuk pembelian set.


No comments: