December 23, 2016

Pengalaman Pertama Kali Menaiki Kereta Api ETS Bersama Anak Kecil Ke Arau

Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Apa khabar? Semoga semua pembaca saya dalam keadaan sihat senantiasa. Ok entri kali ni nak kongsi Pengalaman Pertama Kali Menaiki Kereta Api ETS Ke Arau.




Alhamdulillah saya sihat. Baru je lepas berbekam semalam keluarkan angin dan lancarkan darah. Hihi. Eh kena cerita lah pasal bekam ni. Nanti tunggu next entri ya. Heee...

Oh ya, nak tahu ke apa vitamin yang sesuai untuk dibawa semasa sedang bercuti atau melancong? Bolehlah klik ke : Vitamin Untuk Bawa Pergi Bercuti - Set Travel Shaklee.

Ok lah sambung pasal naik ETS. First time babe! Hahaha. Dengan tak tahu apa pun pasal ETS, berani je booked online. Alhamdulillah dari situ banyaklah saya explore.

Actually saya, anak-anak, mak, abah dan adik saya ke Arau untuk menghadiri majlis pernikahan anak sepupu saya di Kangar. Sajalah nak naik kereta api ke sana. Tu kaedah cuba-jaya. Hihi.

Mengikut pengalaman, website KTM ETS ini belum lagi sempurna. Hanya ada basic information. Boleh order untuk orang dewasa, kanak-kanak, OKU dan warga emas. Tiket ada 2 jenis tau. Gold dan Platinum package.

Tahu kan?

  • Warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU dapat diskaun 50% tiket dewasa.
  • Orang yang ada kad pencen dapat diskaun 40% dari harga tiket dewasa.
  • Orang yang ada kad pelajar KTM (macam kad topup tu) pun dapat diskaun 40%.
  • Kanak-kanak separuh harga juga. Kanak-kanak punya basis, kalau nak tempat duduk, kena beli. Kalau riba sahaja, tak perlukan tiket.

Lebih banyak pilihan tiket sekiranya beli direct di kaunter. Kena tunjuk kad pengenalan atau kad pencen atau kad pelajar untuk dapatkan diskaun. Tapi 1 kelebihan kat online hanyalah boleh pilih seat kat mana kita nak duduk.

Pelan tempat duduk pun kena berkira-kira masa pergi dan balik tau. Kang ada yang pening kepala pula menghadap ke belakang train. Ni gambar pelan tempat duduk.


Ok, enough kot info tentang KTM ETS ni. Sekarang nak cerita pergi kenduri cum pergi jalan-jalan sekitar Perlis. Best weh rupanya Perlis ni!

Kami bertolak jam 11 pagi dari stesen KL Sentral. 15 minit sebelum tren bergerak baru dia bagi masuk. Semua pun laju-laju naik. Tren ada 6 koc (coach). A sampai F. Toilet ada 2. Kat tengah-tengah antara koc B & C dan koc D & F. Ada kafe kecil di koc C. Surau sebelah kafe tu.

Tempat duduk kami
Mini kafe di koc C
Antara makanan yang dijual dalam tren.
Tu chicken chop dan chicken breadcrump.
Saya sarankan orang yang ada anak kecil atau warga emas ambillah koc A atau F. Sebab koc tengah-tengah tu orang lalu-lalang. Macam tak selesa lah sikit.

Masa pergi kami ambil tiket Platinum. Almaklum waktu itu sahaja yang ada kosong. Waktu lain dah penuh sebab hari Jumaat kan. Semua nak balik kampung. Hehe. Apa beza Platinum dan Gold?

Yang saya perasan ambil yang platinum ni tak berapa banyak pit stop stesen. Tren hanya stop di stesen-stesen utama sahaja untuk penumpang naik dan turun. Dan yang best, dapat makanan free! Hihi. Biskut je pun tapi ok apa. Kalau Gold lebih banyak pit stopnya dan tiada makanan free. Hihi.

Dapat FREE...
Alhamdulillah kami tiba di Arau pada jam 3.30 petang dan terus disambut oleh sedara di sana. Singgah ke rumah beliau, makan sikit lepas tu kami ke homestay untuk berehat. Malam tu ada buat sedikit tahlil untuk arwah ahli keluarga. Lepas tu siapkan door gift sikit. Sebab majlis nikah sahaja, jemputan tak ramai lah.

Masjid terapung di Kuala Perlis

Esoknya, pagi-pagi sarapan di rumah sedara. Roti canai dan nasi lemak. Then, kami menuju ke Kuala Perlis untuk ke masjid terapung. Anak sepupu nikah di sana. Canggih! Huhu. Lepas selesai majlis pernikahan balik semula ke rumah mereka di Bintong. Petang settle dah. So, balik ke homestay rehat.

Ha, malam ni menggagau nak cari kedai makan. Lalu, kami pun bersiar-siar kat area Bintong tu. Abah memula nak makan mee kari tapi cari kedai tak jumpa, last-last kami makan di Capati Labu Sayung.

Kedai makan Capati Labu Sayung

Tak menyesal babe! Capati dia sedap! Orang kita yang buat bukan mamak. Ada macam-macam lagi makanan bukan capati je. Saya order soto sup, abah order moi sup (bubur sup) & nasi set gulai, yang lain makan capati. Kuah gulai dorang memang win!

Lepas makan tu sajalah nak berjalan ke Kuala Perlis tapi tak turun pun. Round je lepas tu balik. On the way balik, ternampak orang jual sate 30sen tepi jalan. Berhenti pi beli. Konon semua dah kenyang order 20 batang. Tak sempat sampai homestay, habis dah kena lahap. Ahahaha!

Hari Ahad, setelah bincang-bincang kami buat plan sendiri. Pagi makan kat kedai Lan Roti Canai, sebelah kedai Labu Sayung tu je. Memang sedap-sedap lah orang Perlis ni masak. Masak dari hati gitu.

Then, kami terus menuju ke Gua Kelam. First time pergi. Rupanya di sebalik gua tu tempat rekreasi dan jalan masuk dan keluar hanyalah melalui gua tu! Panjang juga lah dalam 340 meter. Laluan air sungai sebenarnya dorang letak jambatan. Jadinya boleh tengok hasil kejadian alam yang memang cantik.

Pintu masuk gua
Pemandangan dalam gua
Hujung gua
Taman rahsia di sebalik gua

Lepas tu mengada nak tengok Wang Kelian ada apa, pi lah kejap. Walaupun tahu Wang Kelian punya pasar dah berkubur atleast nak beritahu yang kami dah jejak ke Wang Kelian. Ingat nak beli coklat kat duty free dia, sekali cashier minta passport pula. Mana bawa. Letak balik coklatnya. Kempunan. Hahaha! Mahal sikit je dari Langkawi tapi sebab tak ke Langkawi kan tu ingat nak beli.


Then kami menuju ke Padang Besar. Makan tengah hari kat sana. Alhamdulillah sedap juga. Set untuk 4 orang dah macam 6 orang makan. Banyak lah tu kan. Lepas tu shopping sikit (anak-anak berjaya rembat set patung My Little Ponny setiap sorang), then kami balik terus ke homestay.

Actually banyak tempat nak singgah macam ladang anggur tu tapi tak dan lah dah makan masa shopping kat Padang Besar. Haha!

Malam kami makan kat Restoran Api-Api Ikan Bakar. Terletak di muara Kuala Perlis tu. Sepupu saya bawakan. Makan ikan bakar 2 ekor, kepah lagi, sotong lagi, air 3 jag baru RM100++. Murah gila weh! Nangis macam ni. Huhu. Then balik homestay, tidur.

Isnin, tren kami jam 4.30 petang, so pagi tu sempatlah pergi jalan-jalan lagi. Breakfast kat Labu Sayung lagi. Hahaha. Malas cari kedai lain. Kedai mee kari berkubur. Buka tapi takde orang pergi. Abah tak nak singgah.

Then, sepupu bawa ke kilang belacan dan ikan kering. Beli kat situ directly. Lepas tu ingat nak singgah kat Ladang Nipah, nak minum air nira. Sekali tutup daaaa..isnin cuti! Huhu. Lalu, kami pun pergilah makan gulai je kat tepi jalan. Sedap weh! 5 periuk dia masak gulai. Kedai kecil je tapi habis.

Sempat tengok orang jemur belacan
Ayesha "banyak sangat ikan kering ni...haih"
Ladang nipah yang cuti pada setiap Isnin. Sad.
Makan gulai (kari) kat sini. Nampak tu periuk-periuk.
Lepas tu balik ke rumah sepupu since homestay dah check out dan nak kena pulangkan kereta sewa. Jam 4 petang kami menuju ke stesen kereta api Arau. Jam 4.40 macam tu tren sampai. Perjalanan balik lama sikit jadi 5 jam. Jam 10.30 malam baru sampai sebab banyak pit stop.

Stesen Arau
Anak saya ni kalau sekali dia pergi tempat tu, 2nd time pergi dia akan rasa tempat tu dia kenal sangat. Jadinya, masa balik tu riuhlah main lari-lari dalam tren. Huhu. Jaga-jaga tau sebab setiap koc ada pintu automatik. Kang tak pasal gedegang sisi badan terkatup dek pintu tu.

Sekianlah saja pengalaman saya naik keretapi ets tu. Huhu. Oh ya, nombor telefon dalam website KTM ETS tu, tak payah lah call. Berabad agaknya dorang tak update. Nombor tu not in service. Ahahaha! Kalau dorang dah update, beritahu tau. Hihi.



Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

1 comment:

kimmie said...

saya pun dah try naik ETS, tapi sampai ke Anak Bukit saja. Baru satu tahu beza tiket Platinum dengan Gold. Saya beli tiket Gold sebab murah...hehehe. Patut tiket platinum mahal sikit.