December 9, 2016

7 Sebab Untuk Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang

Assalammualaikum. Apa khabar? Agak panas hari ni. Rasa nak lepak saja dalam aircond. Huhu. Alhamdulillah nikmat Allah. Kalau tak, hujan saja kan? Ok hari ni nak kongsi tentang 7 Sebab Untuk Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang.




Alhamdulillah kita masih diberi peluang hidup sehingga ke hari ini. Apa rancangan awak sepanjang tahun ni? Ada lagi 22 hari lagi untuk kita masuk ke tahun 2017. Apa pencapaian kita setakat ini agak-agak? Boleh baca kat sini : Kelebihan Daftar Ahli Shaklee

Dah mampu beri duit tiap bulan kepada ibubapa? Dah mampu bawa mereka mengerjakan umrah? Atau bawa mereka bercuti melihat dunia? Paling-paling pun sebulan sekali lah belanja makan tempat best-best walaupun mereka macam tak berapa selesa kat tempat yang ala-ala hipster ni? Ehehe. Abah saya begitulah. Nak makan kat gerai saja. Leceh katanya restoran-restoran ni. Hehe.

Dah mula beli rumah pertama? Kereta? Motor? Dah plan nak kahwin? Yang dah ada anak, dah fikir simpanan pendidikan anak-anak? Uih banyak betul kena fikir. Ini bukan suami saja kena fikir ni. Isteri pun.



Belum masuk perlindungan kesihatan sekeluarga lagi. Service kereta. Barang dapur lagi. Semuanya keperluan kan. Habis tu bila nak fulfill kan kehendak pula? Alah jangan temberanglah. Saya ni, dah lama aim beg tangan Long Champ original tu. Sikit-sikit kumpul duit ni tau. Hihi.

Asyik berhabis kat baju dan kelengkapan anak-anak dan suami, nak jugalah melaram kan. Beli baju sendiri, seluar, dress ke, tudung ke. Saya ni kat rumah selekeh saja. Sekali sekala nak jugalah pakai yang kemas bila ke kenduri-kendara kan. Eh, cerita apa ni? Hihi.

OK, back to the topic. Hmmm...kalau ikut senarai panjang kat atas ni (sampai 4 perenggan ni), nak harapkan pihak suami sahaja, memang tak cukup. Suami gaji besar tak apa? Gaji besar, cukai besar, lagi banyak benda-benda besar dia nak kena commit.

Saya sebagai surirumah tipulah tak ada keinginan nak bercuti, nak pergi makan-makan, nak beli kelengkapan diri. Kita sebagai isteri tahulah bila pasang-surutnya pendapatan suami kan. Tak ada lah gigih tiap bulan minta RM1,000 terus macam tu. Huhu.

Jadinya, saya mula jebakkan diri dengan Bisnes Shaklee. Kenapa?

1) Modal dan risiko yang rendah

Dulu saya masuk tak ada GST lagi. Yuran seumur hidup hanya RM65 sahaja. Tak ralatlah kalau tiba-tiba nak terputus di tengah jalan (inshaAllah tidak). Bisnes baju nak keluar modal dah kena ada RM500 minimum. Berapa helai sahaja dapat tu?

2) Tak perlu ada kedai atau simpan stok yang banyak

Bila buat Bisnes Shaklee Secara Online ni, yang paling best, kita tak payah fikir kat mana kita nak setup kedai. Alhamdulillah, saya dekat dengan branch. So, boleh pergi branch hari-hari. Macam mana yang jauh dari branch? Shaklee boleh poskan terus ke rumah customer masing-masing. Senang kan?

3) Zero Cost Marketing

Senang je la hai. Semua ada Facebook, Instagram kan? Kita iklankan saja kat media sosial yang ada ni. Senang je. Tak perlu lagi nak edar flyers, nak turun rumah ke rumah, home party dan sebagainya. Ha, ni tengah baca blog saya ni, awak pun boleh buat blog juga.

4) Boleh dilakukan di mana-mana sahaja

Alang-alang suka nau tengok phone tu, apa kata buat 1 bisnes. Sambil scroll sambil share apa yang awak jualkan. Kan lebih berfaedah dari duk baca cerita sedih orang lain. Lepas tu dah bazir masa 3 jam. Huhu.

5) Fleksibel

Bisnes Secara Online ni memanglah sangat fleksibel. Tak terikat dengan masa kerja macam orang kerja pejabat. Boleh buat kat rumah, tengah jalan-jalan kat shopping complex, tengah bercuti pun boleh. Tahu kan sekarang kita boleh schedule kan bila kita nak posting kita keluar. Memang sangat mudah lagi memudahkan. Share saja kerjanya.

6) Worldwide

Tahu kan Shaklee ada di beberapa negara. Silap-silap awak boleh dapat anak Shaklee dari negara yang berkenaan. Siapa tahu?

7) Income segera

Awak akan dapat untung 25% dari harga pasaran untuk setiap 1 produk yang terjual. Dengan untung retail ni lah saya bawa anak makan dekat IKEA, pergi beli barang dapur dan mampu beli banyak benda lagi. Belum masuk Bonus Shaklee yang bulan-bulan confirm masuk tu. Haaa...banyak ke banyak? Dah terlebih-lebih pulangan yuran RM69 tadi.

Nak sama-sama join team menuju Financial Freedom saya? Boleh klik : Borang Daftar Ahli Shaklee

Sekian,

Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: