December 6, 2016

5 Tips Mudah Untuk Uruskan Dokumen Bisnes Kita

Assalammualaikum. Apa khabar? Semoga hari ini ceria ya. Ok, saya nak kongsi tentang Tips Mudah Urus Dokumen Bisnes Kita. Kenapa kita kena ambil tahu? Penting sangat ke? Apa pro dan cons dia? Jom sama-sama kita tengok.

5 Tips Mudah Untuk Uruskan Dokumen Bisnes Kita



Ok, semua transaksi penjualan dan pembelian yang ada kaitan dengan bisnes kita sangatlah perlu disimpan dan direkodkan. Walaupun kita baru sahaja mulakan bisnes kita. Walaupun untung baru 50sen. Kenapa? Sebab....

Kita tiada slip gaji
Agak sukar sikit nak beli kereta dan rumah. Kita kena cantikkan account statement kita dalam masa 6 bulan hingga 3 tahun untuk dapatkan kereta atau rumah pertama.

Kena bayar cukai pendapatan
Awal perniagaan mungkin kita tak perlu membayar tapi seeloknya daftarlah seawal mungkin. Pendapatan RM2,800 ke atas diwajibkan untuk membayar cukai pendapatan.

Bayar zakat perniagaan dan pendapatan
Ya, sebagai orang Islam, jangan lupa yang ini. Lagi wajib dari cukai pendapatan. Heee... Macam Shaklee, Bonus Shaklee bulan-bulan itu adalah sumber pendapatan dan untung hasil dari jualan harga pasaran adalah sumber perniagaan. Beza tau 2-2 tu.

Tahu kan? Bila kita bayar zakat, kita boleh kurangkan amount pembayaran cukai pendapatan.

Ok, saya nak kongsi sikit tips untuk urus dokumen bisnes yang saya gunapakai.

  1. Simpan segala resit pembelian barang.
  2. Key-in data dalam Microsoft Excel atau boleh gunakan software percuma yang boleh automatik buat penyata pendapatan dan kunci kira-kira.
  3. Since dalam website Shaklee ada bonus statement atas talian dan rekod pembelian dari pembekal juga ada di atas talian, memang sangat memudahkan kerja nak tengok.
  4. Saya juga cara kuno. Tulis dalam buku buat jadual. Dulu ada ambil subjek perakaunan di sekolah. Bolehlah ingat sikit-sikit.
  5. Pastikan amount yang kita masukkan match dengan transaksi dalam akaun bank. InshaAllah selamat untuk masa depan.


OK, cukuplah 5 tips ni. Mudah saja sebenarnya kan? Awal-awal saja mungkin leceh sebab baru nak setup. Nanti lama-lama, dah biasa key-in, inshaAllah duit bakal terjaga.

Tak adalah nanti istilah terguna duit, terpakai duit, terlebih dari bajet bulanan. Barulah ada peluang untuk mulakan simpanan untuk anak-anak di masa akan datang.

Sekian,

5 Tips Mudah Untuk Uruskan Dokumen Bisnes Kita


Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: