December 26, 2016

5 Tips Cara Saya Kurangkan Oversupply Susu Ibu

Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Apa khabar? Semoga dalam keadaan sihat senantiasa ya. Ok, hari ni saya nak kongsikan 5 Tips Cara Saya Kurangkan Oversupply Susu Ibu. Sempga memberi manfaat kepada yang berkenaan.




Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kat saya susu ibu yang terlebih banyak dari anak sulung lagi. Sekarang anak sulung saya nak masuk 5 tahun (2017). Yang kedua nak masuk 4 tahun (2017) dan yang ketiga sekarang berusia setahun sebulan.

Masa awal-awal dulu saya rasakan susu jadi banyak mungkin sebab saya terlampau kerap pam susu since anak pertama saya premature, kena puasa 2 hari lepas lahir. Lepas doktor bagi green light untuk dia minum, kena guna cawan atau shringe pula sebab dia kecil sangat. 1.7kg saja. Nak tak nak kena perah untuk bagi dia minum.

Dulu tak ada knowledge tapi dalam otak nak juga susukan anak. Jadi pam sampai nipple crack. Sakit. Huhu. Hari ketiga lepas bersalin macam tu susu mula boost up.

Masalahnya adalah bila susu bertambah makin banyak lepas tu sehingga saya mampu hasilkan 25-30 oz susu untuk sekali pam. Kena pam setiap 2-3 jam. Penuh semua freezer. Tapi demand anak saya sikit saja. Huhu.

Anak kedua juga begitu. Termasuk anak ketiga. Alhamdulillah, dengan pengalaman, saya berjaya kurangkan milk supply walaupun sekarang masih lagi oversupply dengan hasil perah sekali sahaja sehari = 10oz.

Ok lah ini antara tips yang saya mampu share untuk awak yang mempunyai masalah yang sama selesaikannya.

1) Oversupply dan bengkak susu berpisah tiada

Kenapa saya kata begitu? Sebab memang kalau kita nak kurangkan pengeluaran susu, hanya bengkak susu sahaja caranya.

Sebab dengan bengkak susulah signal hormon akan pergi ke otak dan otak akan beri arahan pada hormon yang kita nak kurangkan susu kita. Itu saja caranya.

Cuma, bengkak susu yang macam mana? Itu kita yang kena hati-hati. Selalunya kalau cara yang betul tidak seteruk sehingga bernanah.

2) Pam susu sehingga kosong

Ada beberapa orang yang pm saya kata ramai yang suggest untuk mereka pam susu keluar separuh saja dan jangan kosongkan breast. Yang suggest tu termasuklah staf nurse.

Ini adalah satu kesilapan! Since kita yang oversupply ni, susu akan sentiasa produce ikut waktu yang kita selalu pam.

Contoh : pam setiap 2 atau 3 jam.

Bila kita keluarkan hanya separuh, tinggalkan lagi separuh, dan milk production yang baru hasilkan full amount, nanti breast kita akan bengkak. Bengkak susu akan jadi lebih kerap dari yang sepatutnya dan membuatkan kita lagi bertambah stres.

Jadi, nasihat saya, perah / pamlah susu sehingga habis untuk setiap sesi.

3) Panjangkan gap / delay waktu antara sesi pam

Faham dak? Contohnya macam ni. Sebelum ni kita selalu pam untuk setiap 2 jam kan. Cuba delay kan waktu tu kepada 3-4 jam secara slowly.

Selalunya ambil masa 3 hari untuk signal sampai ke otak kita dan beritahu hormon bahawa susu kena reduce.

Bila dah ok 3-4 jam, mulakan delay lagi ke antara 5-6 jam (maksudnya pam untuk setiap 5 jam). Slowly ya. Jangan mendadak. Nanti kena bengkak susu.

Actually delaying tips ni akan kena bengkak susu juga tapi inshaAllah tak sekerap kalau kosongkan separuh breast atau delay waktu pam secara tiba-tiba.

Alhamdulillah sekarang saya hanya perah setiap 24 jam dan hasilnya 10oz (saya menyusu direct anak ketiga saya. Jadi 10oz ni kira lebihan).


4) Jangan urut di bahagian kilang susu

Tahukan kilang susu kita berada di tulang belikat antara tulang belakang kita. Sila beritahu tukang urut, jangan tekankan pengurutan di kawasan tersebut since susu kita dah terlampau banyak.

Selalunya hari ke-3 lepas bersalin susu akan boosting dan waktu tu memang sesuai untuk mengurut kan.

Kalau biarkan? Makin banyaklah sayangku. Huhu.

5) Apa nak buat dengan susu sementara dalam proses pengurangan?

Ok ini cadangan saya saja. Boleh ikut atau buatlah apa saja yang awak rasa lebih baik. 6B.

  • Beri pada kakak/abang kandung yang bawah 2 tahun sekiranya ada
Anak saya yang kedua putus susu umur 3 tahun 3 bulan. Huhu.
  • Bagi anak susuan

Alhamdulillah sekarang dah ada 4 orang anak susuan untuk batch anak ketiga. Kena fahami dulu hukum dan kena bersifat terbuka.

Ambil anak susuan itu sunnah since nabi kita juga anak susuan kepada 2 orang ibu susuan.

Tips: kalau boleh cari seorang dulu, supply semuanya kepada seorang dulu. Bila mak dia kata nak stop, baru cari anak susuan lain. Jangan bebankan diri pula pergi cari ramai-ramai.
  • Buat makanan

Ada suami tak kisah bila makan makanan yang ada susu kita. Ada suami ambil kisah. Tanya dahulu. Yang pasti, anak-anak memang takkan cakap tidak. Mereka makan saja. Hehe.
  • Buat mandian baby

Milk bath ni bagus juga untuk buat kulit baby lebih cantik, gebu, lembap. Selalu orang gunakan susu yang dah expired yang disimpan lama.
  • Buat sabun mandi baby

Dulu famous ni. Orang buat sabun untuk mandikan baby. Bagus tau. Sabun organik tiada bahan kimia yang boleh rosakkan kulit baby.

Tapi ada fatwa dikeluarkan yang hukumnya tak boleh buat. Cuba awak cek balik sebelum buat. Jangan cakap saya suruh buat ya. Saya suruh cek hukum dulu sebelum buat. Heee...
  • Buang sajalah

Dah habis fikir tak tahu nak buat apa, peti ais pun penuh, adalah baik buang saja atau siramlah pokok-pokok yang ada di rumah.

Banyak dah tips ni. Semoga bermanfaat untuk awak. Saya hanya mampu beri jalan. Awak yang tentukan jalan mana yang awak nak ikut.

Perlukan konsultasi tentang oversupply susu? Boleh Whats App nombor saya di bawah ni.



Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

1 comment:

Set Bersalin Shaklee said...

Banyaknya sekali pump dapat 30oz.������