November 25, 2016

Target Saya Dengan Income Bisnes Shaklee Untuk 20 Tahun Lagi

Masa dulu-dulu zaman interview (macam dah lama sangat je. Chewah) saya pernah dapat soalan ni. Apa yang awak ada 20 tahun akan datang? Ok, ni saya nak share Target Saya Dengan Income Bisnes Shaklee Untuk 20 Tahun Lagi.




Dulu, otak ke mana badan ke mana. Tak fikirlah nak rumah ke kereta ke. Loan berapa lama pun tak tahu tau. Main belasah je jawab. Dan memang saya tak dapat pun kerja tu. Hahaha. Salah sendiri.

Lepas dah kahwin, dah beli kereta, dah mula menyewa, dah beranak-pinak. Baru nampak. Oh, macam ni rupanya realiti sebenar kehidupan si pencari duit. Alhamdulillah, susah juga. Huhu.

Dan sekarang setelah 6 tahun, saya ditanya kembali soalan yang sama. Dan jawapan saya..hmmm..sama. Ahaha! Alah nak gurau tak jadi pun tak boleh. Relax brother sister, relax. Heee.

Ok ini jawapan saya.


Jika sekarang saya masukkan at least RM30 ke dalam akaun Tabung Haji anak-anak saya selama 20 tahun, mereka bakal ada RM7,200 di akaun masing-masing (baru 3 orang). At least ya. Kalau RM50 jadi RM17,000. Sikit sangat ni tapi tak apa, menabung dengan duit sendiri. Belum masuk Income Bisnes Shaklee yang boleh saya distribute juga.

By 20 years akan datang, Hani akan berusia 24 tahun, Ayesha 23 tahun dan Adam 21 tahun. Mungkin, mungkinlah Hani atau Ayesha bakal berkahwin ketika itu.

Loan ASB saya dah habis bayar masa tu. Jika tak beli mana-mana rumah lagi (tapi sekarang sedang dalam proses beli sebuah. Huhu.) So, dalam 20 tahun ni inshaAllah boleh settle payment. Loan kereta ada lagi 5 tahun kalau tak salah. InshaAllah on time kalau tak tukar kereta (tapi dah berminat dekat MPV ni).

Planning on financial freedom. Free dari segala hutang dunia. Menabung untuk masa depan anak-anak. Before and after school. Biaya perkahwinan lagi. Hihi. Ok, enough tentang perjalanan hidup peribadi, kang melalut pasal Hani & Ayesha nak kahwin pula. I is not ready! Haha. Baru 4-5 tahun ni tau. Huhu.

Dalam bisnes macam mana?

InshaAllah i will stick to Shaklee forever and ever. Dapat duit dari Shaklee sangat mudah. Nak nak pula presiden Shaklee yang dari Amway kata Shaklee bagi bonus lebih banyak dari company MLM lain, lagilah kena stay.

So, dalam 20 tahun ni, inshaAllah saya akan ada 50 orang Masters yang effective di bawah legasi TEA saya. Alhamdulillah, impian saya. Jika sekarang Haji Roslan boleh ada lebih kurang 40 orang Masters dalam legasi beliau yang bertahan 25 tahun, kenapa tidak saya?

Dan saya berharap dalam masa 20 tahun ini, saya dah pun mengerjakan umrah dan haji bersama-sama suami dan anak-anak saya. Dalam pemikiran untuk mencipta 1 rumah untuk anak-anak kecil yang tiada tempat berlindung. Bila tengok berita sekarang ni ramai parents yang kurang berkemampuan untuk menjaga anak mereka dan jalan yang mereka pilih itu salah. Dengan tinggalkan anak di masjid atau di tempat-tempat tak sepatutnya.

Saya ada anak 3 orang ni, bila pandang muka mereka pun macam terasa saya sangat kurang bagi kasih sayang untuk 3 orang, bayangkanlah anak-anak yang ditinggalkan tu.

Semoga segala Target Saya Dengan Income Bisnes Shaklee Untuk 20 Tahun Lagi. Semoga impian awak juga tertunai. Amin.

Sekian,



Saksikan kompilasi aktiviti team kami dan pencapaian dalam Bisnes Online Shaklee


Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Nak Beli Shaklee Online Terus Dari Shaklee HQ >>> Cara Beli Shaklee Online

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: