November 26, 2016

Cara Ayah Hebat Ini Hadiahkan Me Time Kepada Isterinya Setelah 5 Tahun

Semua orang ada cara tersendiri untuk mendapatkan me time masing-masing setelah mempunyai anak. Cara Ayah Hebat Ini Hadiahkan Me Time Kepada Isterinya Setelah 5 Tahun amat membuatkan isterinya terpaku.





Memang. Memang saya tergamam selepas mendapat me time yang telah saya impikan selama 5 tahun. Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Pulau Langkawi hasil dari mengikut trip percutian yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee seorang diri (of course bersama rakan-rakan Bisnes Shaklee yang lain).


Kenapa saya tergamam? Sebab saya terpaksa tinggalkan Adam yang berusia setahun yang masih menyusu badan yang tak pernah minum susu guna botol dan tersangatlah overly attached. Huhu. Memang risau sangat. Boleh ke suami saya nak jaga anak 3 orang ni?

Ni gambar nak balik sebenarnya. Hehe.

Alhamdulillah ternyata memang dia mampu. Terima kasih abang! Lain kali bolehlah bagi lagi. Hihi. Alhamdulillah sepemergian saya ke trip percutian ini memang sangat merehatkan badan dan otak. Berhenti buat rutin harian selama 3 hari dan menerima layanan 5 bintang amat menyegarkan otak.

Setibanya di Langkawi, terus naik bas dan di-briefing tentang perjalanan hari tersebut. Beg? Lepas ambil dari airport, masuk dalam bas, dah tak jumpa beg. Beg dah selamat diletakkan di dalam bilik hotel. Oh, kami bermalam di Hotel Westin, Kuah, Langkawi.

MashaAllah memang tak terlintas akan menginap di hotel sebegitu rupa. Paling-paling nak bercuti pun ambil yang 3 bintang dan asal selesa. Sesampai di hotel kami disambut dengan paluan kompang dan sajian minum petang. Siap dapat towel basah untuk lap muka.

Welcome gift first day

Ni gift 2nd day

Masuk sahaja bilik tidur, dapat welcome gift. beg galas boleh lipat tu. Alhamdulillah. Bilik dia mashaAllah cantiknya. Besar! Siap ada shower dan bathtub sekali tu. Specialnya katil dia adalah katil heavenly bed yang berharga RM13,000! Siap ada morning call pukul 6.30 pagi takut kami terlajak tidur. Memang empuklah katil tu. Disebabkan saya berkongsi bilik dengan orang lain, jadinya selimut pun separated tau. Huhu.

Meet my roomate, Angie.
Malam tu kami ada dinner di Meritus Pelangi, Pantai Cenang dengan tema tropical flora. Disebabkan blur blur nak pakai apa, jadi inilah baju kami. Hihi. Best tau! Menang best dress dapat Vivix Shaklee sebotol. Siapa tak nak kan?

Dengan Presiden Shaklee, Helen.
Sempoi ke sempoi?

Table setting untuk dinner. Buah betul tu. Siap tapau bawa balik

Tapi tak mengapa. Dapat juga lucky draw. Tumbler limited edition. Eh ini pun dah puas hati tau. Mana ada kat Malaysia. Kat US ada lah. Hee...


Esoknya, breakfast di The Westin. Fuhh semangat. Banyaknya makanan! Sampai tak tahu nak makan apa. Lepas tu terus ke Kilim Geoforest Park. Naik bot, mangrove tour. Yang ini saya dah pernah pergi jadinya saya jadi tour guide dalam boat. Hihi. Yang penting FREE.

Perhimpunan hijau di Langkawi

Kat bot pun ada bendera Shaklee

Nak masuk gua kelawar


Then, lunch di Nagoya, Kuah. Terus ke cable car. Masuk juga 3D Art Museum. Dah pernah masuk muzium tu tapi kali ni saya pula berposing lebih. Cable car siap naik sky bridge dan sky glide. Yang ni pengalaman awesome sangat sebab tak pernah naik sampai ke situ. Dulu tutup.




SkyBridge

Then kami ke Pantai Cenang, drop off sesiapa yang nak shopping tapi saya balik ke hotel. Katil empuk menanti. Rugi wooo....hihi. Malam tu kelaparan, ingat nak makan MacDonald sahaja tapi sambil menyelam minum air.


Pergi ke HIG Mall, jumpa group yang masih bershopping, lantas saya follow. Alhamdulillah rezeki malam tu dapat makan seafood berhidang percuma! (Ala-ala shell out tu lah). Balik terus tidur. Esoknya breakfast dan terus ke airport. Kembali kepada rutin harian.

Alhamdulillah, sangat enjoy. Hilang sekejaplah minda ni dari asyik fikir pasal penjagaan anak-anak. Bukan lupa anak ya. Lupa rutin je. Hihi. Tahun depan inshaAllah nak naik cruise Libra secara percuma pula. Sekarang "me time" setahun sekali pun apa ada hal. Tak keluar duit sangat. Duit shopping je. Huhu.

Ok lah sampai sini sahaja entri kali ini. Sekian.

No comments: