November 29, 2016

Bisnes Shaklee Dan Bonus Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang

Assalammualaikum. Apa khabar? Cuaca sekarang ni kerap hujan kan. Kena plan hari-hari nak bawa payung ke tak. Jangan kata akak tak payung. Eh? Okay lah nak kongsi sikit tentang Bisnes Shaklee Dan Bonus Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang.





Apa yang nak dikongsi? Kongsi bonus? Doakanlah saya kaya dan berjaya untuk saya kongsikan dengan semua orang kat Malaysia ni. Amin. Heee. Ok lah, nak ceritalah sikit pasal Bisnes Shaklee saya ni dalam jangka masa 6 bulan lagi.

Apa target saya?

1) Jadi Master Coordinator Shaklee


Dah lama sangat asyik layan perasaan, kali ni kita kasijadi punya. InshaAllah. Achieving to top. Orang lain boleh, inshaAllah aku pun boleh. Amin.

2) Dapatkan 2 tiket PERCUMA naik Star Cruise Libra



Yang ini memang terimpi-impi sangat. Kali ni nak bawa suami pula join trip percuma anjuran Shaklee bertaraf 6 bintang. Lepas dah merasa "me time" kat Langkawi hari tu kan. Memang kena kasijadi juga. Boleh baca kat sini : Percutian Percuma Tajaan Bisnes Shaklee Ke Langkawi.

3) Menabung untuk masa depan anak-anak

Anak-anak dah mula masuk tadika tahun depan. Expenses pun meningkat. Nak ke nak, kena juga mula menabung. Makin besar makin banyak pakai duit sebenarnya. Bukan masa kecil je. Hehe. Jadi, Bonus Shaklee saya perlu dikembangkan dalam masa 6 bulan ni.

4) Nak kumpul duit pergi umrah & Beijing

Siapa yang ada dalam Facebook personal saya pasti tahu impian saya nak ke Beijing kembali. Kali ni nak bawa suami dan anak-anak sekali. Dulu pergi tak puas nak round Forbidden Kingdom, naik Great Wall pun sampai check point kedua saja. Memang tak puas hati. Memang dah aim dari sebelum kahwin lagi nak pergi ke sana balik. Revenge! Hihi.

5) Nak capai Car Bonus Shaklee. Nak beli MPV


Dah jadi mak-mak ni biasalah. Keutamaan diberikan kepada anak-anak. Baru 3 orang ni, kereta sekarang dah penuh. Nanti kalau bertambah lagi, manalah nak letak car seat anak-anak tu kan. Jadi, saya memang mengimpikan kenderaan jenis MPV sebab lebih luas dan bahagia rasanya banyak ruang untuk anak-anak. Hee.

Doakanlah impian 6 bulan saya ini tercapai. InshaAllah. Awak juga mampu berimpian. Jomlah kita sama-sama capai impian kita.


No comments: