November 30, 2016

6 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

Assalammualaikum. Apa khabar? Alhamdulillah saya sihat. Semoga awak pun sihat dan kaya juga. Amin. Biasalah saya nak kongsi 6 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes.




Selalu kan kita baca kawan-kawan tulis, hidup ini bagai roda. Kejap kita kat atas kejap kita kat bawah. Hari ini hari kau esok esok hari aku. Hidup bagaikan laut, mulanya tenang, nanti bergelora. Eh macam-macamlah. Saya pun pernah tulis sebegitu rupa. Bahaha!

So, kali ni saya nak sharelah cara saya naikkan semangat bila kita sangat down.


1) Luahkan, ceritakan pada orang

Bila saya ada masalah, saya suka ceritakan kat orang yang sangat rapat dengan saya. Orang yang rapat dengan saya tahulah kisah-kisah konon-konon down saya. Yang betul-betul rapat. Tapi sejak berkahwin, dah tak cerita kat orang. Cerita kat suami saja semua benda.

Kadang-kadang dia akan bagi pendapat bernas, kadang-kadang dia marah saya balik (yang ni memang lagi down lah sebab tengah down dia marah pula...hahaha). Tapi marah sayang kan. Hihi.

2) Menangis

Satu sifat yang sebati dengan wanita. Cara paling baik adalah menangis. Menangislah sepuas-puasnya. Nak lagi best? Nangis masa sujud menghadap Allah. Allah memang dengar 100% apa yang kita luahkan.

3) Tidur

Lepas dah nangis gila-gila, cuba tenangkan diri dengan tidur. Doa kat Allah supaya lepas kita bangun kita lupakan yang negatif, beri semangat positif dan semangat baru untuk teruskan hidup.

4) Baca tulisan yang positif

Semua kat sini ada Facebook kan? Suka scroll newsfeed Facebook kan? Cuba kira berapa ramai yang suka tulis perkara-perkara yang positif? Yang negatif tak payah kiralah. Bazir masa. Huhu.

Apa yang saya buat? Saya unfollow kawan-kawan yang suka tulis rungutan dan rintihan, yang suka share masalah di umum. Supaya saya tidak turut merasa down.

5) Serah diri pada tuhan

Untuk kita yang beragama Islam ni, eloklah kalau kita bentangkan sejadah dan perbanyakkan sujud. Kalau wanita yang sedang period, yang memang waktu senang nak down, banyakkanlah zikrullah dan perdengarkan ayat-ayat al-Quran.

InshaAllah, sedikit demi sedikit kita akan lupa masalah kita dan mampu nak mencari penyelesaian untuk masalah kita.

6) Pergi bercuti

Ambil masa sehari dua, book hotel. Pergi bercuti. Ke tempat sejuk macam Genting Highlands, Cameron Highlands, atau ke tepi laut macam Port Dickson atau Cherating. Atau mungkin staycation sahaja di bandar terdekat.

Duduk dalam bilik, pampered diri sendiri. Tak perlulah hotel 5 bintang. 3 bintang pun ok. Duduk menghadap laut atau memandang hijaunya hutan kan lebih menenangkan. Saya suka macam tu. Hihi.

Ok, cukuplah ni kan 6 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes. Tak usah banyak-banyak nanti takkan terbuat pun. Hee.

Sekian,


No comments: