November 17, 2016

5 Tips Persediaan Menghadapi Musim Hujan

Assalammualaikum. Apa khabar? Kali ni saya nak kongsi pula 5 Tips Persediaan Menghadapi Musim Hujan ni. Ya lah, negara kita sekarang berada dalam musim tengkujuh kan sehingga Mac nanti (waktu angin monsoon bertukar arah).

5 Tips Persediaan Menghadapi Musim Hujan



Untuk saya yang duduk di kawasan bandar, jarang ada masalah banjir besar seperti yang berada di kawasan pesisiran pantai sana. Jadinya, macam tipulah kan saya sibuk nak kongsi tips hadapi banjir. Huhu. So, saya kongsikan cara saya hadapi musim hujan yang turun tak tentu masa ni.

1) Pastikan rumah sentiasa bersih

Waktu-waktu macam sekarang ni, kan selalu hujan. Akan bertambah banyaklah makhluk Allah yang membawa virus. Macam nyamuk. Sebab ada banyak kawasan takungan tempat dia boleh membiak. Jadinya, nak tak nak kenalah selalu kemas kawasan rumah. Mana yang ada piring pasu bunga tu, bolehlah buang air dalam piring tu selalu.

2) Kurangkan bercuti

Kalau saya, saya pilih untuk duduk di rumah sahaja. Sebab kalau pergi bercuti pun tak banyak tempat kita boleh pergi. Nak cuti kawasan bandar, boleh melawat dalam bangunan saja. Nak makan pun kena dalam bangunan. Nak nak ada anak-anak kecil ni.

Nak ke kawasan sungai, takut kepala air serbu. Nak ke laut, ombak besar. Jadi, baiklah kita rehat saja kat rumah dengan anak-anak. Main sama-sama mainan yang banyak kat rumah tu yang macam jarang sangat nampaknya anak-anak main. Hihi. Sayalah tu.

3) Plan perjalanan

Kalau nak keluar atau kena keluar juga plan dulu perjalanan ok. Macam sekarang hujan selalu turun belah petang, jadi kalau saya nak keluar, selalunya saya akan keluar pada waktu pagi. Dan akan cuba balik sebelum hujan turun. Alhamdulillah setakat ni nasib sangat menyebelahi saya. Dah sampai rumah baru hujan.

4) Cara keringkan baju

Ada sekali hari tu, sampai 3 kali saya jemur kain baju yang sama sebab asyik kena hujan. Alhamdulillah bila guna Set Pencuci Rumah Shaklee, baju tak kempap, tak bau hapak. Bau masih fresh. Dan at last, suami saya belikan dryer (berbentuk almari tu) dan at the end saya keringkan baju dalam tu. Hehe. Saya tak jual. Boleh cari kat Lazada ok.

5) Pastikan anak-anak senantiasa sihat

Anak saya dah mula berhingusan dari Isnin. Musim hujan ni musim senang kena jangkitan virus. Paling risau si Adam lah. Dah 3 kali masuk wad. Jadinya, saya sumbat mereka bertiga dengan OmegGuard dan Chewable Vita C buat masa sekarang. Nutriferon masih on the way nak beli. Heee. InshaAllah dengan ikhtiar kecil ini, harapnya mereka kembali sihat secepat mungkin.

Ok, saya rasa cukuplah 5 Tips Persediaan Menghadapi Musim Hujan ni. Sebab duduk kat rumah saja. Bukan berjalan melancong pun. Heee. Semoga bermanfaat untuk awak semua.

Sekian,


No comments: