November 10, 2016

5 Tips Cara Saya Cegah Jangkitan Virus Terhadap Anak Saya

Assalammualaikum. Apa khabar? Diharap semua sihat ya. Kali ni saya nak share 5 Tips Cara Saya Cegah Jangkitan Virus Terhadap Anak Saya. Ha, nampak tak apa tu?




Inilah pemandangan sekitar rumah saya sekarang. Ni saya ambil gambar dari laman rumah saya.

Construction bina rumah pencakar langit. Ada 4 blok (kot). 1 hampir siap. 3 masih sedang menaik. Baru 2 3 tingkat siap.

Masa Adam masuk wad hari tu, doktor ada tanya pasal ni. Ada construction kat kawasan rumah tak? Yang jangka lama atau kejap? Dah nama bina rumah, lamalah ya tak?

Hmmm...saya tak boleh elak persekitaran ni. Nak lari mana? Hotel? Saya baru nak kaya ni. Huhu.

Jadinya, apa yang mampu saya lakukan untuk elak jangkitan virus berulang (selagi mampu) dan biasalah ada anak-anak hebat ni kenalah,

1) bersihkan rumah semampu mungkin. Sapu, mop, lap. Sapu, mop, lap. Sapu, mop, lap.

Kejap je berhabuk balik. Meja makan memang boleh bagi feedback cepat kesan habuk. Huhu.

2) basuh baju guna sabun mesra alam. Sebab si Adam ni alergi pula dah kalau guna sabun biasa. Habis badan dia. Tergaru-garu sampai calar. Huhu.

3) jaga makan anak-anak. Selagi boleh elak mana yang tak patut. Kita elak.

4) walau hari-hari keluar rumah tapi pergi ambil Hani lepas tu pergi singgah makan saja. Balik.

Kadang-kadang tu, gigihlah cari kedai makan ada playground. Bagi berpeluh sikit. Expose sikit dengan kuman luar.

Sebab tu suka pergi makan masa weekdays, sebab tak ramai orang. Of course jangan pergi masa lunch hour. Atau cari kedai tak ramai orang. Hehe.

5) dan ofcourse lah saya supply makanan tambahan untuk anak-anak. Setakat ni alhamdulillah, banyak membantu dari tak bagi langsung.

Antara yang saya supply adalah OmegaGuard dan Chewable Vita C.

Omega membantu memecahkan gumpalan kahak yang bertakung dalam badan. Nanti lepas dah ambil, selalunya najis akan berlendir.

Vitamin C untuk kuatkan imuniti badan supaya tahan dari segala serangan virus.

Nutriferon ada saya bagi. Bantu halang virus dan bakteria jahat masuk dalam badan. Tapi stok Nutriferon saya dah habis pula ni. Nak kena beli kejap lagi. Alang-alang tengah promosi ni. Bolehlah beli 2 kotak. Simpan 1 kotak untuk emergency.


Ini sajalah yang saya dapat lakukan selagi boleh untuk cegah anak-anak dari terkena virus dan bakteria jahat. Dah masuk 3 kali Adam masuk wad, takkan saya nak masukkan lagi kan?

Semoga ikhtiar ini berjayalah sehingga anak-anak besar. Semoga anak-anak awak juga senantiasa dalam keadaan sihat juga.

Yang nak cegah anak sakit,
Fatin Mazelan
012-3672560

No comments: