November 12, 2016

2 Orang Yang Bernama Forrest Yang Buat Saya Kagum

Assalammualaikum. Hai, hari ni nak cerita pasal 2 Orang Yang Bernama Forrest Yang Buat Saya Kagum. Ada sesiapa kat sini kenal sesiapa yang bernama Forrest? Ada apa dengan mereka ni sampai saya kagum sangat? Hehe. Jom baca lebih lanjut.




Forrest Gump



Yang kita tahu, of course dari filem yang Tom Hank berlakon ni. Seorang yang mempunyai masalah kesihatan, dari kecil pakai pendakap kaki dan ada masalah pembelajaran, yang mana IQ dia lebih rendah dari rakan sebaya. Sampai kena reject masuk sekolah. Macam-macamlah mak dia usaha supaya dia sekolah.

The best thing is mak dia tak pernah give up kat dia. Mak dia support dia untuk teruskan hidup dan dia ada seorang kawan baik iaitu Jenny. Jenny pun selalu support dia. Sampai sekali tu dia kena lari dari dibuli kawan-kawan lain, lari punya lari sampai pecah pendakap kaki tu dan amazingly dia mampu berjalan seperti biasa.

Bayangkan plot cerita tu dia join macam-macam. Dapat jumpa presiden US, masuk tentera dan jumpa Bubba. Macam mana dia teruskan impian Bubba dan dapat medal tentera. Sangat amazing bagi saya. Bermasalah dari kecil tapi macam mana dia hidup dengan mempergunakan apa yang dia ada secara sengaja atau tidak dan akhirnya hidup dia sangat bermakna.

Eventhough its only a movie, banyak impak dia yang memberi semangat positif. Samalah juga dengan orang kedua yang saya kenal sejak 4 tahun lepas ni. This is real person tau. Hee.

Forrest C. Shaklee



Dari dia dilahirkan, doktor dah sahkan dia menghidap penyakit TB. Doktor siap kata dia mampu hidup sampai umur 8 tahun saja. Bayangkan perasaan parents dia masa tu. Memang mula-mula tu give up dah. Tunggu dia meninggal saja.

Tapi mak dia cuba ubah cara hidup. Makan makanan herba-herba dan organik, ubah semua yang patut. Dan akhirnya dia berjaya hidup lama sampailah mampu mencipta vitamin mineral yang pertama di dunia.

Tak berhenti di situ, dia disahkan pula menghidap kanser pada tahun 1921. Atas hasil usaha untuk menambah baik kesihatan dengan minat terhadap nutrisi, amazingly pada tahun 1922 dia berjaya lawan penyakit kanser tu.

Dan dengan hasil usaha dia selama bertahun-tahun, sampai pernah klinik terbakar tanpa meninggalkan sebarang bukti nyata, pada 1 April 1956 terbinalah empayar terbesarnya iaitu Shaklee Corporation.

Bila dah baca kisah beliau ni, subhanallah, tersangat amazing. Macam mana beliau boleh bangun dan tanpa berpaling ke belakang boleh berjaya dalam hidup dan hasilnya digunakan sehingga sekarang.

Seperti yang dipegang oleh Islam, segala ilmu yang kita sebarkan kepada orang ramai dan bila ia terus tersebar, menambahkan amal kita dan mampu menjamin kita masuk ke syurga. Subhanallah. Best kan?

Doakan saya jadi seperti mereka juga ya dan saya doakan awak yang baca ni juga.

Yang merasa kagum,
Fatin Mazelan

No comments: