October 27, 2016

Growth Spurts - Baby Kerap Menyusu, Saya Tak Cukup Susu Ke?

Assalammualaikum. Apa khabar? Alhamdulillah saya sihat. Ok, entri kali ni saya nak bagi jawapan kepada soalan yang saya selalu sangat dapat. Apa soalannya? Ni dia : "Fatin, baby saya ni kejap-kejap nangis nak susu, saya tak cukup susu kot"




Ok sebelum saya bagi jawapannya, saya nak cerita anatomi sikit (perkara asas yang semua mama kena tahu). Sikit je.

1) Baru lepas bersalin memang susu setitik dua sahaja.

2) Perut baby pun besar kacang tanah je dan akan membesar dalam masa sebulan.

3) By that time, kuantiti susu juga akan meningkat = hasil dari on demand latching. (Jangan lupa bagi susu kat baby kerap ok)

4) Susu ibu dijadikan tuhan untuk senang diserap oleh badan baby. Jadinya baby akan cepat lapar. Orang tua-tua kata baby minum susu ibu tumbuh jadi daging.

All right, masuk kepada kenapa baby sikit-sikit nak minum susu je (yang setiap sejam nak minum tu).

Kejadian ini sebenarnya dipanggil growth spurts yang mana baby nak membesar dan berkembang dengan cepat. Nak gemukkan badan dia cepat-cepatlah kiranya.

Yang mana boleh jadi seawal baby umur 3 hari. (3-5 hari, 3-6 minggu, 3-6 bulan, 9-12 bulan)

Kejap saja ni. Paling cepat settle 3 hari. Lambat sikit seminggu. Tapi kadang-kadang ada yang sebulan.


Apa perlu mama buat?

1) Bertabahlah. Layanlah baby kejap. Memang kita penat sikitlah nak layan.

2) Google dan tunjuk kat ahli keluarga apa yang sedang mama alami.

3) JANGAN OFFER FORMULA MILK. Sangat ramai silap sebab ini dan bagi fm dan give up.

4) Kalau penat sangat, pam dan minta tolong ahli keluarga susukan baby sementara mama nak tidur kejap.

5) Fasa ni fasa baby nak gemukkan badan dia tau.

6) Tahukah mama, hasil dari growth spurts inilah yang membantu kita buat stok susu untuk akan datang (kerja otak bagi signal kat hormon yang kita perlukan susu lebih).

7) susukan saja baby secara direct. InshaAllah nanti terhasillah supply susu yang memang cukup sangat untuk baby.

Tak apa. Kalau baby 1st kita kecundang. Macam saya. 

Nanti next baby kita buat yang terbaik. Macam saya. InshaAllah. 

Yang sedang susukan anak,
Fatin Mazelan

No comments: