September 12, 2016

Destinasi Impian Saya Untuk Bercuti Dengan Bonus Shaklee

Assalammualaikum. Hai, lama lagi tinggalkan blog. Hihi. Ok lah kali ni nak cerita pasal Destinasi Impian Saya Untuk Bercuti Dengan Bonus Shaklee. Ha nak tahu pergi mana? Jom baca. Hint kat gambarlah. Mesti boleh teka punyalah! Heee...


Destinasi Impian Saya Untuk Bercuti Dengan Bonus Shaklee





Saya tak tahulah kenapa dan mengapa, sejak pergi ke Beijing tahun 2010 (atas sponsor dari parents dan ikut travel agent), saya teringin sangat nak bawa famili kecil saya ke Beijing. Mungkin sebab muka macam amoi sikit kot. Hahaha. Perasan!


Atau mungkin sebab terlampau taksub tonton drama dan filem mandarin (Hong Kong), nak nak kalau yang ada kungfu tu. Lagilah suka.

(Dan tak tahu mengapa Louis Koo menjadi pujaan hatiku. Sebab tulah kot ok je dapat suami gelap sikit dari kulit saya. Bahaha! Ampun!)



Destinasi Impian Saya Untuk Bercuti Dengan Bonus Shaklee
Inilah dia Louis Koo tu


Dan ternyata laki saya pun peminat cerita kungfu dan impian beliau nak pi tengok tokong Shaolin yang Jackie Chan masukkan dalam filem Karate Kid tu. (Tinggi kot kaki gunung.)


Impian dari tahun 2010 ni (dah 6 tahun ni, makin beranak pinak pula) of course expenses makin naik. Sorang dewasa je dah RM2,500 (kalau ikut travel agent) dan kanak-kanak RM1,000 jugalah. So, saya agak saya perlukan lebih kurang RM10,000 juga nak ke sana. (Tinggi benor cita-cita ni sampai RM10,000. Kemain. Haha!)



Setakat tempat yang pernah saya lawati:
4) Masjid-masjid



MashaAllah cantik betul hasil tangan manusia ciptaan Allah. Bayanglah Great Wall tu pakai tulang 4 kerat je kot. Dah la panjang. Tak tercapai dek akal boleh siap jadi macam tu. Kukuh pula tu.



Saya sukakan senibina yang dikekalkan di sana. Sungguh menarik mata ni. Sungguh indah bagi saya. Sebab tulah saya nak pergi lagi bawa anak-anak pula.



Nampaknya mungkin pertengahan tahun 2018 inshaAllah. Kumpul duit sikit-sikit.



So, siapa nak ikut? Jom lah!

No comments: