August 10, 2016

Fateh Adamsyah Dan Torticollis

Assalammualaikum. Alkisah ini tak ramai yang tahu. Hanya keluarga dan kenalan rapat sahaja. Itupun sebab salah seorang kawan ambil jurusan rawatan fisiologi. Jadi, rujuk kat dia. Huhu. Ya, Adam disahkan ada torticollis masa baru habis pantang.

Fateh Adamsyah Dan Torticollis



Mula-mula tak perasan langsung kelenjar bahagian leher tu membesar. Nak kata membengkak picit-picit dia steady je. Atau mungkin sebab newborn, belum tahu lagi sakit tu macam mana kan. Perasan pun sebab pipi belah kanan macam gedebeh besar. Tak ikut shape muka dia.

Fateh Adamsyah Dan Torticollis
Kelenjar kat situ

Jadi, kami pergi rujuk beberapa klinik. Klinik kesihatan, Klinik Kita (swasta) dan Klinik Pakar Kanak-kanak Ong. 2/3 doktor kata tak perlu risau sebab kemungkinan ia terhasil dari jangkitan kuman dan akan surut sendiri dalam masa beberapa hari.

Tapi semacam tiada perubahan selepas 2 3 minggu, kita risaulah kan. Rujuklah lagi ke klinik pakar. Doktor Ong sahkan yang ia adalah torticollis. Kelenjar membesar mungkin akibat Adam suka berpaling ke sebelah kiri sahaja. Boleh jadi semasa dalam perut lagi. Doktor kata tak bahaya cuma perlu rujuk pakar fisiologi untuk buat urutan untuk pulih. Doktor kata bawah 6 bulan should be senang untuk pulihkan.

Fateh Adamsyah Dan Torticollis

Alhamdulillah jawapan doktor yang ni kami terima. Tidaklah buat kami tertanya-tanya. Sekarang hanya cari solution je. Hee. Dan alhamdulillah ada kawan rapat yang ambil jurusan fisiologi tu. Jadi, saya rujuk kat dia cara-cara untuk buat urutan tu.

Slowly palingkan muka bayi ke arah bertentangan. Dan hold selama boleh. Gigih juga nak buat sebab dia nangis tak selesa. Alhamdulillah selepas beberapa bulan, kelenjar tu susut jadi seperti sedia kala. Tapi kulit bahagian tu masih nampak macam terlebih. InshaAllah dari masa ke masa dia akan berubah mengikut tumbesaran Adam.

So, korang kalau jumpa Adam, tak perlulah tenung atau belek-belek leher dia ya lepas baca ni. Hahaha. Buat biasa je. Hihi.

K bye.

No comments: