May 23, 2016

Cara Kumpul Mata Ganjaran Drypers

Assalammualaikum. Hai! Seperti yang dijanjikan di Facebook. Kali ni nak cerita pasal Cara Kumpul Mata Ganjaran Drypers dan hasil tebusannya. Hehe. Excited nak cerita ni sebab dah berjaya tebus hadiah. Mari baca lebih lanjut macam mana saya buat. Hee.

cara kumpul mata ganjaran drypers

Actually dah pernah tulis dah pasal ni dan mendapat sambutan hangat. Tapi blog tu dah expired dan belum berjaya dihidupkan. Jadinya, entri tu terkuburlah. Huhu. Tak apalah, boleh tulis lagi. Ni dah tulis pun ni. Ehehe. Ok ok kita mulakan dengan perkara basic dulu. Apa dia? Beli pampers lah. Hahaha! Ok, tak lawak.

Drypers ni kan dia pandai juga. Of course lah setiap pek pampers yang bersaiz besar sahaja yang ada kod point ni. Macam saya beli saiz L (untuk Adam) dan XXL (untuk kakak dia). Jadi, pek yang 40 keping ni baru ada poinnya. Yang pek besar lagilah banyak poin dia.

cara kumpul mata ganjaran drypers
Point untuk Wee Wee Dry untuk paket yang saiz besar je.

Ok lepas tu sila selak belah dalam plastik pampers tu. Bukan point yang kat sebelah bar code tu ya. Tu masih misteri apakah kegunaannya. Huhu. Rujuk gambar bawah ni.

cara kumpul mata ganjaran drypers
Indicator kata tengok bahagian luar macam gambar atas,
 belakang dia ada code tu.

Oh ya, langkah 1 setengah, sila daftarkan diri di www.drypers.com.my terlebih dahulu. Bila dah siap register, sila klik di Drypers Baby Club. Kat situ nanti dia ada bagi kotak untuk isi unique code yang ada dalam plastik pampers tu.

Setelah mengumpul lebih dari setahun (rasanya), tibalah masa untuk saya cuba-cuba nak redeem gift kat gift shop dia. Memang dah aim lama dah benda alah tu. Saya ni jenis ralatlah beli mainan mahal-mahal keluar duit depan mata. Oleh kerana benda alah ni tersenarai dalam list redeem gift, jadinya tanpa toleh ke belakang, terus klik je. Bahaha!

Eksperimenlah kan. Sebab ramai yang complaint kata barang tak sampailah, apa lah. Tak kurang juga yang gembira barang mereka sampai. Masa klik tu Isnin malam. Terpinga-pinga juga sebab bila klik terus keluar bil dan point deducted. Ada nombor rujukan je untuk dirujuk balik.

Rupa-rupanya mereka ada hantar emel pemberitahuan yang saya dah berjaya request benda alah tu. Dan penghantaran dijangka 4 hingga 6 minggu (so kepada yang complaint, boleh call customer service Drypers untuk cek kat mana barang anda. You have to since its your money too). So, menunggulah kita sebulan lebih untuk mendapatkan hak kita balik. Jangan complaint saja ya. Kena bertindak sebagai pengguna. Pergi buat report kalau barang tak sampai sebab usaha kita takkanlah nak dibiarkan sia-sia kan.

Eh terceramah percuma pula. Hehe. Ok ok. Nak dijadikan cerita, hari Khamis selang 2 hari dari hari request, saya keluar pergi hantar parent ke KL Sentral. Mereka nak pergi bercuti. Lepas tu singgah ke AEON Maluri sekejap. Bagi anak makan dan beli roti La Boheme, terus pecut balik rumah takut anak sulung dah sampai dari taska.

Tiba-tiba jiran menyapa. Katanya ada lori datang hantar barang tadi. Saya terpinga-pinga bila pula ada order barang ni? Sebab memang tak expect pun benda alah tu sampai. Dalam emel tulis sebulan kan. Jiran suruh tunggu sekejap. Dia bawa kotak Drypers keluar. Ooooo baru tahu. Hehehe. Excited terus! Terima kasihlah kat jiran tolong collect kan kotak tu.

cara kumpul mata ganjaran drypers
kotak pos. hehe

Jeng jeng jeng! Barang redemption dah sampai! Saya suka anak lagilah suka! Mainan Adam si bayi 6 bulan yang pertama yang dirasmikan oleh kakaknya! Hehe.

cara kumpul mata ganjaran drypers

Suka dengan post saya ni? Jomlah share dan marilah mula mengumpul point Drypers ni! Sama-sama kita dapatkan barangan terpilih ni. Oh sila kumpul dengan sabar ya untuk dapatkan hadiah seperti saya. Gigih tahu simpan unique code dalam Whats App suami saya. Bahahaha!

Ok lah sampai sini sahaja. Jumpa lagi di entri akan datang. Adios amigos!

No comments: