May 28, 2015

Resepi Ayam Masak Stu Untuk Anak 2 Tahun Ke Atas

Ehehe lama dah cakap kat orang nak post resepi ayam masak stu ni. Tapi batang perenggan pun tak ada. Ehehe. Ampun. Memandangkan blog udah bersawang, manisnya bermula dengan resepi ye dak. Hihi.



Dan sebenarnya, saya meng-google resepi-resepi untuk dimasak bagi anak saya makan. Sorang umurnya 3 tahun. Sorang umurnya 2 tahun. Bosan juga asyik makan benda sama saja hari-hari kan.

Tapi alangkahnya kuciwanya hatiku bilamana tidak menjumpai pelbagai resepi yang agak kena dengan selera anak-anak. Kalau cari resepi dalam bahasa inggeris, memang win! Berjela kau. Tapi too western puleps. Huhu.

Jadinya duk pusing-pusing kata kunci untuk cari resepi untuk anak, akhirnya berjumpalah dengan resepi ayam masak stu ni (chicken stew). Jangan kau tanya apa kata kuncinya. Udahku lupa. Hoho.

Oklah ini resepinya. Nanti kat bawah saya cerita cara saya modified. Chewah!

Bahan mentah:
500g ayam (dipotong dadu)
2 tangkai daun sup
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
3 biji jagung muda (dihiris nipis)
Sedikit minyak

Bahan bancuhan: (gabungkan semua)
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil tepung jagung
1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

Bahan menumis:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang & halia.
  2. Masukkan ayam.
  3. Kemudian, masukkan semua sayuran.
  4. Dah empuk, masukkan bahan bancuhan.
  5. Bila dah mendidih, tutup api. Taburkan daun sup.
  6. Siap untuk dihidang.

Tadaa!

Ok, ni cara saya ubah sikit resepi ni.
  • Terkadang saya gunakan baby carrot. Potong 3 atau 4 bahagian. Lebih mudah.
  • Kalau lobak biasa, terkadang saya hiris bentuk bunga. Ikut sukalah kan. Hehe.
  • Saya tambah kentang.
  • Terkadang saya tambah tomato.
  • Oh ya! Ayam saya guna tak sampai 100g memandangkan hanya saya dan anak-anak yang makan.
  • Selalunya saya gunakan fillet ayam. Dalam 3-4 ketul. Dipotong dadu.
  • Walaupun bahan mentah saya kurangkan, skala bahan bancuhan saya kekalkan.
  • Selalunya saya gunakan kicap cap kipas udang sebab tiada kicap cair.
  • Lada hitam dikurangkan memandangkan anak tak makan pedas.
  • Selalunya saya akan topup juga air dalam masakan sebab bancuhan tadi terlalu pekat. Kami suka makan berkuah. Ehehe.
  • Saya hanya menggunakan 3 biji bawang merah, seulas bawang putih & 1/2 inci halia.
  • Selalunya saya hiris. Nak tumbuk pun boleh. Takdelah nak kena asingkan nanti.
  • Halia saya suka ketuk je. Kang hiris, tersama warna dengan kentang pula. Ehehe.

Sekian saja resepi kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain hari. Hee.

No comments: