February 17, 2015

Sonotron Rawatan Alternatif Batuk Bayi

Semua ni bermula dengan kami asyik travel jauh setiap hujung minggu. Bermula dengan bercuti di Johor Bahru dan minggu hadapannya ke Jitra.

rawatan alternatif sonotron



Mereka ni tak biasa sangat jalan jauh. Senang terkena jangkitan. Ya lah, kejap sejuk kereta, panas di luar, suasana malam sejuk tak seperti di Kuala Lumpur.

Si Hana kena selsema dahulu. Tapi baiknya hingus senantiasa mengalir. Jadi tak penuhlah di dada. Dan dia masih menyusu badan. Sayalah perlu berusaha makan supplemen untuk kurangkan simptom jangkitan.

Sehari sebelum ke Jitra, Hana disahkan demam panas. 38.9 darjah celcius. Risau ya. Esok nak jalan jauh. Hari ni demam panas. Masuklah ubat ikut punggung. Mulanya kebah tapi lepas habis dos, suhu naik balik.

Nak tak nak kena ke Jitra sebab ada hal keluarga. Jadi, saya bawa sahaja ubat demam in case ada kecemasan.

Sesampai di sana, demam Hana makin kebah. Tapi berjangkit pula dengan Hani. Tak pernah demam sepanas itu. Melepetlah 2 orang dekat umi dia ni.

Nasiblah kakak suami saya ada stok ubat demam ikut punggung tu. Kalau tak, nak ke hospital terus. Lebih baik ke sana kan.

Alhamdulillah lepas 2 hari, demam makin kebah tapi batuk dan selsema makin teruk. Cuaca di Jitra memang panas masa tu. Tak mustahillah mereka terkena batuk selsema.

Hampir seminggu juga tak berkurang. Sampai terganggu tidur dia dek asyik batuk. Sampai menangislah tak tahan. Mak mana tak sayu beb. Huhu.

Sampailah ada seorang sahabat yang baik hati cadangkan saya pergi dapatkan rawatan sonotron ni. Dekat je dengan rumah kami. Kat Lembah Keramat.

Masa jumpa doktor tu, dia cakap kalau biarkan lama lagi ni boleh jadi bronchoitis. Astagfirullah. Nasib baik saya datang awal.

Lalu bermulalah rawatan sonotron. Ia sejenis rawatan menggunakan laser yang mengeluarkan elektron untuk pecahkan sel-sel virus di dalam tubuh badan. InshaAllah tak berbahaya. Malah sesuai untuk pelbagai penyakit.

Alhamdulillah. Selepas sekali sesi memang nampak sangat perubahan ketara oleh Hani. Memang dia redeem betul tidur dia. Huhu. Rawatan perlu diulang sekurang-kurangnya 3 kali.

Jadi esoknya saya bawa Hani lagi tapi hari ketiga tak pergi dah sebab dah nampak lebih baik. Alhamdulillah. Kurang satu kerisauan dalam hati.

Saya syorkan mommies untuk mencuba rawatan ini sekiranya nebuliser dan sedutan kahak masih tidak berjaya.

No comments: