February 19, 2015

Riadah Terjal Di Taman Botani Negara Shah Alam

Hasrat si suami ku turutkan. Tak habis-habis berimaginasi nak bawa anak-anak masuk hutan. Rindu katanya. Nak bau hutan. Nak tunjuk kat anak-anak duduk dalam hutan. Mulanya nak ke Sungai Congkak. Tapi sebab dah biasa ke sana, timbullah nama Bukit Cerakah (nama dulu bagi Taman Botani Negara Shah Alam).


Jadi, bersiaplah kami anak beranak. Lepas zohor baru gerak. Huhu. Walaupun tak tahu tutup jam berapa, redah je. Dengan sesat sikit sebab ikut GPS yang mengarut ntah ke mana tu, sampailah kami dalam jam 3 petang.

review taman botani negara shah alam
klik imej untuk pembesaran

Terus ke pintu masuk. Murah je rupanya. Ini sedikit details tentang bayaran masuk.
  • Dewasa : RM3
  • Kanak-kanak : RM1 (6 hingga 12 tahun)
  • Waktu Operasi : 8.30 pagi - 4.30 petang (dia tutup jam 6 sebenarnya. 4.30 petang tu pelanggan terakhir yang dia terima)
Bayaran masuk ke rumah iklim (rumah empat musim)
  • Musim Panas / Musim Bunga / Musim Luruh : RM3 sekali masuk
  • Musim Sejuk : RM5 sekali masuk

Dah selesai beli tiket masuk, terus menonong cari basikal. Beriya ok nak naik basikal. Tak pernah-pernah bersenam, langkah terjal ni kayuh basikal tiba-tiba. Huhu.
  • Bayaran : RM10 untuk sejam.
  • Tambahan RM1 untuk jam berikutnya.
Kami ambil basikal yang ada carrier. Macam bawah ni. Sebab ada anak kecil kan. Belum tahu mengayuh pun. Belum faham basikal untuk apa sebenarnya. Huhu.


Lalu, dengan menggunakan peta yang dibekalkan, kami terus pecut ke rumah iklim. Jauh tak jauh dalam 1.5 kilometer jugalah ditambah dengan jalan berbukit-bukit.

Dalam perjalanan ada macam-macam tempat yang boleh kita stop-by:
  • Laman Padi (kanan), tasik teratai (kiri)
  • Taman Haiwan - ada rusa, kuda, pony, burung-burung
  • Kampung Idaman - kawasan rumah-rumah negeri
  • Galeri Pendidikan - tempat aktiviti anak-anak tadika
  • Rumah Iklim - rumah 4 musim
Sampai je kat check point Galeri Pendidikan, terus berhenti minum air. Masa tu kepala dah pitam dah. Kaki menggigil-gigil. Ya lah, tiba-tiba bawa basikal. Laju pula tu. Jadi, berehat tenangkan kepala dulu. Anak-anak? Relaks je lah. Kena angin. Siap paw kami lolipop lagi. Haha.

Belakang tu Galeri Pendidikan

Lepas tu kami teruskan perjalanan untuk cari Rumah Iklim ni. Kat mana pun tak tahu. Tak ada petunjuk langsung. Pi lah kami tanya kat staf yang ada di Galeri Pendidikan tu. Mereka cakap belakang nun. Di balik hutan yang kami duk pusing tu.

Jalan on the way ke rumah iklim tu.


Betul lah. Belakang memang tak nampak. Sabar je lah. Hahaha. Sampai je sana terus masuk. Musim sejuk dah nak habis. Salji dan ais mula mencair gitu. Sempatlah tangkap gambar. Sejuk juga. Kejap je duk dalam rumah tu sebab pendek je sebenarnya.

Baru balik dari main salji. Hehe


Keluar dari situ, terus ke taman permainan. Bagi peluang kat anak-anak berlarian pula. Then terus ambil basikal dan bergerak balik. Sempatlah singgah ke Kampung Idaman. Tak ada orang. Tak sempat ambil gambar sebab kawanan beruk dan monyet mula memenuhi kawasan tu. Nasiblah tiba-tiba ada staf datang naik motor. Bolehlah redah untuk keluar dari situ. Huhu.

Masa balik ni, jalan banyak turun bukit. Relaks dah. Jadi banyak pit stop. Hehe. Pi tengok kuda. Pi laman padi. Tapi tak berhenti lama sebab kawanan beruk dan monyet makin banyak pula. Seriau pula dengan bawa anak kecil lagi kan.

Sampai balik kat check point utama dah jam 6 petang. Kaunter semua dah tutup. Kedai basikal yang kami sewa ni pun dah nak habis kemas barang. Huhu. Tapi alhamdulillah. Misi berjaya! Anak-anak seronok dapat pengalaman naik basikal. Masuk hutan. Jalan-jalan. Bolehlah kiranya kalau nak pergi lagi. Heeee.

sebelum balik, makan aiskrim dulu!

No comments: