February 15, 2015

Cameron Highland Aku Datang 2!

Ok lah. Lama pula duk hold nak cerita hari kedua di Cameron Highlands kan. Hehe. Hari terakhirlah kiranya. Ok jom baca.

review cameron highlands
pintu masuk kebun strawberi

Oh ya. Kepada yang nak tahu episod hari pertama Review Cameron Highlands, boleh klik link tu ya.

Kami bersiap kemas barang semua pagi tu. Sebab nak check out kan. Jam 10 pagi kami keluar dari hotel. Lepas tu terus gerak ke ladang strawberi lagi.

Tempat pertama : Abang Strawberry Farm

Pepagi tu lah baru terhegeh cari ladang strawberi orang melayu. Nak bawa balik bagi kawan-kawan sikit. Dalam google katanya di Kampung Taman Sedia (belakang padang golf).

Masuklah kami ke kampung tu. Rupanya kawasan tu memang kawasan perumahan orang melayu Islam. Ada chalet banyak gila dalam tu.

Yang banyak dapat review dalam Google:
  • KH Strawberry Farm
  • YZ Strawberry Farm
  • Agro apa tah
Bila sampai di KHSF tu, kawasan dia cantik. Tapi tak boleh petik strawberi. Ada cafe saja. Saya ofcourse lah nak makan scone! Hehe. KHSF ada scone tapi sebab muka makcik kafe tu ketat je, kami tak jadi makan situ. Huhu.

Lalu terjumpalah bunting Abang Strawberry Farm. Gigih ok ikut. Ladang di hujung nun sekali. Sederet dia ada lah dalam 5 6 kafe. Depan sekali RZ, opah dan beberapa lagi. Tak ingat nama.

Tapi sebab nak ke ASF, gigih berjalan kaki dari hujung sebab parking penuh. Huhu. Alhamdulillah. Best rupanya ASF tu.

review cameron highlands
nun hujung tu Abang Strawberry Farm
Boleh petik strawberi! Yeay! Hehe. Lagi murah ya. 500 gram = RM 20 je! Depan dia kafe.

review cameron highlands
jom petik sambil makan lolipop strawberi.
(gambar dah petik tak ada pula)
Suami order nasi lemak ayam goreng. Sambal dia ada strawberi ok. Saya order nasi impit rendang daging sebab anak-anak suka nasi impit. Huhu. Tapi...tak ada scone. Huhu. Sedih.

review cameron highlands
Dah nak habis makan baru nak tangkap gambar. Hihi.
Kat situlah borong jem, borong coklat, petik strawberi lagi. Hee.

On the way balik singgah kafe paling depan sebab situ ada scone. Baru keluar oven! Panas gitu. Bungkus je sebab nak balik KL terus kan. Lagipun kenyang makan tadi. Hehe.

Balik kami lalu Tapah juga. Pening ya jalan tu. Memang rasa nak muntah. Tapi sebab nak singgah Lata Iskandar punya pasal. Lalu juga. Sana best. Banyak air terjun tepi jalan.

review cameron highlands

review cameron highlands
Jalan masuk nak ke air terjun

review cameron highlands
Tadaa!

Cantik kan? Kami tak stay lama. Anak-ank ketiduran masa tu. Lepas tangkap gambar terus pecut ke Kuala Lumpur. Ni saja jelajah hari kedua.

Oh kami tak ke ladang teh. Orang kata best ya breakfast situ tapi tempatnya tinggi. Dengan anak-anak yang lincah dan tak tahu erti penyesalan ni, tidaklah kami pergi ke situ. Huhu.

No comments: