January 13, 2015

Punca Karies Gigi Pada Bayi

Saya dapat merasakan yang semakin ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran tentang penjagaan gigi anak terutama yang masih bayi. Termasuklah saya yang beranak dua ni.


Anak saya yang kedua (Hana) telah menghadapi masalah karies gigi (gigi berkarat). 4 gigi hadapan belah atas. Dia berusia 2 tahun 10 bulan Januari ni. Dan dia masih lagi menyusu badan.

Jadi, saya agak risau. Sebab dia tak pakai botol susu. Dalam fikiran saya mungkin sebab makan gula-gula banyak sangat. Tapi gigi kakak dia si Hani ok saja. Hani pakai botol susu dan suka makan gula-gula juga.

Kemusykilan yang melampau membuatkan saya bawa mereka untuk pergi dapatkan pemeriksaan gigi di klinik pergigian. Boleh juga tahu apa sebabnya.

Tapi kat sana, si Hana tak mahu buka mulut. Huhu. Dia pun belum nak gosok gigi sebenarnya. Selalu kena paksa bila mandi. Hani ok je. Steady. Hehe. Jadinya, rawatan untuk Hana ditunda sehingga dia betul-betul stabil.

Sempatlah bertanya apa punca terjadinya karies gigi ni. Jururawat pun terangkanlah antaranya:

  • Anak suka kemam susu - Tak kiralah susu formula atau susu ibu.
  • Menyusu ketika tidur - Botol atau menyusu badan. 

Bila anak menyusu sehingga tidur. Ada kebarangkaliannya lebihan susu tertinggal di dalam mulut. Nanti lama-lama jadi plak dan menghakis gigi.

  • Anak suka minum minuman bergula guna botol - Alkisah penggunaan puting tiruan memanglah tak berapa bagus.
  • Jarang gosok gigi - Atau mungkin tak pernah pun kan. Huhu.

Inilah antara sebab yang jururawat tu beritahu saya. Betul jugalah tu. Si Hana suka menyusu sampai tidur. Haish. Kena ubah dah lah ni.

Ok mak-mak. Sampai sini entri saya. Akanku sambung penyelesaiannya kelak.

Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: