December 10, 2014

Jiran Bukan Lagi Pencetus Pembunuhan Bersiri Di Kawasan Perumahan

Siapa pernah tengok cerita The Neighbors filem Korea tentang kehidupan yang huru-hara akibat pembunuhan bersiri di kawasan kejiranan tersebut. Tentang salah seorang jiran mempunyai perangai yang suka membunuh orang untuk kepuasan diri sendiri. Tak kira tua atau muda, semua dia rembat. Horror kan?



Memang simpang malaikat 44 lah kita nak ada jiran macam tu kan. Memang tak senang dunia. Huhu. Terus pindah rumah je kalau macam tu kan. Nauzubillah. Semoga kita semua tak dikurniakan jiran sebegitu rupa.

Ok, sebenarnya nak cerita pasal jiran kat kawasan perumahan saya ni. Hehe. Ramai. Atas bawah kiri kanan semua ada. Almaklumlah duduk menyewa di kondominium tingkat 8 pula tu. Haruslah ada jiran disetiap penjuru kan.

Jiran sebelah kanan kebarangkaliannya janda anak seorang sebab duduk bertiga seperti ibu, adik ibu dan anak (sekolah menengah). Tak dapat dipastikan status akibat mereka tak berapa keluar rumah. Kalau ada pun barangkali sipi-sipi nak selisih. Dia keluar pagi, saya keluar tengah hari. Dia balik petang, saya balik malam. Siapa yang bermasalah ni? Ehehehe.

Jiran sebelah kiri pula adalah segerombolan anak-anak muda (ecewah!). Belia teruna belaka. Tak dapat dipastikan berapa orang sebab tak menjadi pekerjaan saya nak selidik. Tapi kawan-kawan mereka yang duduk kat bawah selalu datang lepak rumah mereka ni.

Yang menjadi tak berapa nak best sangat, jam 11 malam ke atas boleh main gitar sambil nyanyi beramai-ramai. Bukan sebuah lagu. Tapi berlagu-lagu! Bukan sejam dua. Terkadang pukul 2 3 pagi pun bising lagi. Huhu. Sadis sikit sebab saya ada anak kecil-kecil lagi kan. Agak terganggu.

Yang belah atas tak bertegur sapa tapi tahulah yang mereka bekerluarga. Sebab boleh dengar bunyi tapak kaki berlarian waktu siang. Anak-anak dia nangis pun boleh dengar. Mungkin 3 orang anak sebab ada satu hari tu saya duk pandang atas dari beranda. Si abang pi baling kapal terbang kertas. Lalu ditegur oleh saya.

Alah, bukan sekali dua. Bil elektrik dan bil air mak bapak dorang pun dorang leh campak gitu. Heee. Sikit jam lagi memang Yang Berbahagia (YB) ini akan pergi melawat kawasan di atas sana untuk meninjau pergerakan kumpulan atas bangunan ni. Ekekeke.

Belah bawah taklah diketahui tapi mungkin dengar juga apa yang saya dengar. Bunyi tapak kaki. Bunyi anak-anak saya menangis. Bunyi menumbuk guna lesung batu. Segala bunyilah yang kami keluarkan. Huhu. Maaf dipinta wahai jiran bawah.

Oh ya, actually bukanlah nak mengaibkan jiran-jiran saya. Cuma saya nak share cara untuk mengawal stres/tekanan dari menghadapi situasi macam saya ni. Stres akibat jiran adalah pembunuh upahan tu, eheheh lari sajalah. Tak payah nak tadah diri untuk dibunuh. Hee.

Ok lah. Berbalik kepada nak kawal stres tu. Alhamdulillah. Saya dah pun berjaya. Untuk tahu apa yang saya ambil untuk menenangkan jiwa apabila berada di rumah, bolehlah hubungi saya di:


No comments: