December 4, 2014

GST Dan Shaklee - Kita Bakal Untung 6%!

Rabu hari tu saya telah menghadirkan diri ke sesi penerangan tentang GST yang bakal berlangsung pada 1 April 2015 nanti oleh salah seorang staf bahagian kewangan Shaklee. Saya pi dengar kat Shaklee Sri Rampai. Kenapa?

Shaklee dan GST
Shaklee dan GST berpisah tiada.


Sebab semua produk Shaklee bakal dikenakan GST. Apakah?! Mesti produk Shaklee jadi makin mahal kan? Ish ish ish. Taklah. Sama je. Saya masih jual ESP dengan harga RM150 dan produk lain dengan harga yang sama (boleh rujuk Senarai Harga Produk Shaklee).

Jangan juga risau macam mana nak handle GST tu. Saya yang akan handle. Saya yang akan bayar. Jadi, uols boleh lepaskan nafas dan bergembira! Yeay! Eh over pula dah. Ehehe. Dah tak kena bayar macam mana nak untung pula kan?

Meh saya kupas sikit pasal pukul rata keadaan kewangan rakyat bertaraf hidup sederhana ni. Dan nanti uols tengok sendiri bagaimana kita boleh untung 6% tu. Dan inshaAllah bakal lebih!

Menurut kajian, purata pendapatan sebulan di Malaysia ini adalah RM2,500 sebulan*. Ok, katakanlah kita hidup sebagai si bujang trang tang tang:

  • Sewa bilik/kongsi rumah = RM500
  • Minyak kenderaan = RM300
  • Bayaran pinjaman bank = RM500
  • Bil-bil / utiliti = RM300
  • Makan minum = RM300
  • Lain-lain = RM150

Jumlah = RM2,050

Katalah, kata lah ya...ini adalah anggaran penggunaan wang setiap bulan. Sekali dah tolak EPF dan SOCSO, sebulan baki ada RM250 sahaja.

Ni belum lagi perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Macam tayar pancit kena tukar, compressor kena tukar, kat rumah perkakas elektrik dah tak boleh guna. Dah bertambah expenses kan?

Nanti dah ada GST, semua barang naik 6%.Gaji paling paling nak naik pun 4% lah kata. Saya dulu kerja HSBC 1%, 2%,3% saja naik ikut rating masing-masing. Sadiskan? Huhu. Agak-agak macam mana kita nak cover up semua tu dengan gaji yang agak tak setimpal dengan tenaga kerja kita?

Sebab tu kita kena mula cari pendapatan sampingan mulai sekarang. Untuk hidup selesa. Bukan cukup-cukup makan, sesak nafas, ikat perut tahan lapar.

Kalau rasa perlukan pendapatan lebih dengan cara 
  1. yang halal, 
  2. yang tak makan untung atas angin, 
  3. yang tiba-tiba-tiba dapat duit tanpa apa-apa usaha, 
  4. yang hanya share je boleh dapat ribu-ribu,

Boleh hubungi saya untuk pertanyaan dan sekiranya uols di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur - KITA JUMPA.


Sumber:
*Bajet Malaysia 2013

No comments: