October 24, 2014

Set Hamil Shaklee Nutrisi PERLU Ibu Menyusu

Semalam saya menghadiri satu ceramah kesihatan dan kesejahteraan di Shaklee branch Sri Rampai. Ceramah pasal Nutrisi Keperluan Ibu Menyusu. Alhamdulillah banyak yang saya belajar pasal benda ni. Boleh lah dipraktikkan untuk masa akan datang. Chewah! Hehe.





Pakar nutrisi tu cakap keperluan nutrisi ni bukan bermula lepas kita bersalin. Bukan masa baru nak start menyusu. Tapi perlu mula dari waktu awal kehamilan. Masa trimester pertama lagi. Sebab dari mula kita didapati hamil, bermula situlah hormon susu dihasilkan. Cuma susunya akan keluar masa lepas bersalin nanti. Gitew lah rentetannya.

Set Hamil Bersalin Menyusu Shaklee
Set Hamil Shaklee

Antara elemen yang diperlukan semasa di awal kehamilan adalah:
  • Vita-Lea Iron Formula
  • B-Complex
  • Vita-C Plus
  • OsteMatrix
  • ESP soy protein
  • Alfalfa Complex
  • OmegaGuard
  • Meal Shakes


Kenapa kena ada semua ni?

Setiap produk ni mengandungi elemen yang berlainan yang berkait rapat dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi dari awal hinggalah selamat dibersalinkan dan sewaktu menyusukan sehingga 6 bulan. Kira-kira 15 bulan kita sebagai ibu perlu ada nutrisi lengkap ni. Lama kan? Huhu.

Sebelum dan selepas tempoh 15 bulan ni bukannya tak perlukan nutrisi tau. Perlu juga tapi dah tak jadi double dosage lah macam dalam tempoh 15 bulan.

Kenapa perlukan protein?

Ketahuilah semasa kita hamil, kita sangat perlukan protein untuk pembentukkan tubuh badan bayi. Tahu tak apa akan jadi kalau tak cukup protein? Kebarangkalian korang melahirkan anak pra-matang (tak cukup bulan) tu tinggi.


Bahaya ya anak pra-matang ni. Memang luaran macam sihat tapi organ dalaman bayi belum cukup bagus untuk bekerja dengan baik. Nanti esok masa umur dia dah meningkat 25 ke atas, dia mudah diserang penyakit. Sebab organ dalaman dia tak berfungsi macam bayi cukup bulan.

Jadi, saya syorkan ESP Shaklee - the best protein dari NON-GENETICALLY MODIFIED soya.




Kenapa perlukan multivitamin?

Kalau kita perasan, bila kita pi confirmation kat doktor yang kita dah mengandung, doktor akan bagi kita vitamin. Nama dia obimin. Kan? Obimin ni adalah multivitamin. Untuk memberi segala jenis vitamin dan mineral untuk nutrisi kepada si mami dan juga bayi.

Cuma obimin vitamin sintetik. Jadinya, proses resapan dia mengambil hampir seharian. Saya syorkan ambil Vitalea Shaklee sebab resapan dia hanya memerlukan 4 minit dan ia natural. Dan mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral yang sangat kita perlukan semasa hamil.



Kalau kita perasan, bayi sangat memerlukan zat besi dalam proses pertumbuhan dan perkembangan dari dalam kandungan lagi. Dan dalam Vitalea ada juga zat besi yang inshaAllah mampu dibekalkan untuk si ibu dan anak.



Kenapa perlu sangat asid folik?

Seperti yang kita tahu, asid folik telah disarankan oleh para doktor sejak dari kita merancang untuk hamil. Kebaikan asid folik ini salah satunya adalah meningkatkan tahap kesuburan.

Tahu tak apa akan jadi pada bayi kalau kurang asid folik? Akan berisiko mendapat tiub nueral. Benda ni nanti akan nampak kat bayi ada macam lubang kat bahagian tulang belakang. Nanti keluar belon. Selalunya jangka hayat bayi tak lama kalau dapat masalah ni. Paling lama boleh hidup 8 bulan je (kalau tak salah saya).

Jadi, B-Complex disarankan untuk ibu yang juga sedang hamil.





Kenapa perlukan vitamin C pula?

Vitamin C terkenal dengan mencantikkan kulit kan. Ia juga bertindak sebagai antibodi untuk penjagaan sistem badan kita dari terkena penyakit. Sangatlah elok sekiranya kita ambil semasa hamil kerana apa yang kita makan akan dapat ke anak kita juga. Tak gitu? Hehe.



Kenapa kena ada kalsium?

Kalsium amat amat amat penting untuk pembetukan tulang, sendi dan gigi bayi. Selain itu ia juga membantu merangsang penghasilan susu selepas kita bersalin. Pentingnya kalsium untuk si ibu kerana - tahu tak? Bayi akan serap segala kalsium dari tulang-tulang si ibu. 

Cuba bayangkan kalau kita yang mengandung ni kekurangan kalsium? Akibatnya tulang-temulang boleh reput. Ya, mungkin seawal umur kita tak perasan. Nanti dah masuk 40-an, barulah simptom-simptom ini menjelma. Masa tu dah terlambat dah kan. Huhu.




Kenapa pula kita sangat perlukan minyak ikan?

Minyak ikan sangat terkenal dengan kandungan DHA dan EPA yang tinggi untuk merangsang perkembangan otak bayi sejak dari dalam kandungan lagi. Pakar nutrisi cakap omega-3 ini sangat bagus diambil sejak dari awal usia kandungan (trimester pertama) sebab waktu tu lah otak bayi baru mula terbentuk. Omega-3 yang disalurkan pada waktu ini inshaAllah akan membentuk otak yang sangat bagus.

Oh ya, make sure korang pilih minyak ikan yang BUKAN DARI HATI. Tahu tak? Hati adalah tempat untuk memproses dan menapis segala bendasing yang masuk ke dalam badan kita. Cuba bayangkan kalau kita ambil minyak 


No comments: