October 3, 2014

Percutian ke Pulau Langkawi Episod 3

Akhirnya...cuaca yang ditunggu-tunggu kunjung tiba. Setelah hampir 2 hari berada di Pulau Langkawi cuaca tak berapa elok. Hujan je dari pagi (siapa suruh pergi masa tengah musim hujan ni kan?). Dapat juga kami pi buat aktiviti laut.





Aktiviti naik bot lah apa lagi. Huhu. Kat Langkawi, setakat yang saya tahu ada 2 aktiviti naik bot ni:
  • Pakej bersiar-siar di Pulau Dayang Bunting.
  • Pakej bersiar-bersiar di hutan paya bakau.


Kami pilih yang jalan-jalan ke hutan paya bakau di Kilim Geoforest Park. Dalam 30 minit perjalanan dari pekan Kuah. Seperti biasa kami bersarapan di hotel dulu lah kan.

Dalam pukul 10 kami sampai di jeti Kilim tu. Ada banyak pakej yang ditawarkan. Ada yang tour untuk sejam. Ada yang tour 6 jam. Kalau sejam tu pergi selected kawasan sajalah. 1 bot RM250 boleh muat 10 orang kalau tak salah. Kami ambil tour untuk sejam.

Mula-mula dia bawa kami ke kelong nelayan tempatan. Kat situ kami diberi penerangan pasal ikan pari, ikan sumpit dan ikan apa tah (lupa pula dah namanya tapi besar gila). Rupanya ikan pari ni tak merbahaya langsung. Siap nelayan tu bagi makan relax je. Boleh sentuh. Saya pegang anak, tak dapatlah nak sentuh. Huhu. Ikan sumpit tu bukan yang mereka bela tapi ikan yang duk sibuk nak join jemaah.

Kenapa nama dia sumpit? Sebab dia akan menyumpit air dari mulut dia untuk dapatkan makanan yang jauh atas darat (dalam lingkungan 1 meter). Hebat gila kan? Huhu. Baru tahu ada ikan macam tu wujud. Hehe.

Lepas tu kami di bawa pergi tengok helang makan. Ingatkan dorang campak ayam ke apa ke. Rupanya kulit ayam yang disiat-siat kecil-kecil. Sangkut kat enjin bot. Bila dorang tekan minyak, enjin mengaumlah sambil serakkan kulit ayam tadi. Burung helang akan terbang ke permukaan sungai untuk ambil kulit ayam tadi. Macam tu je sebenarnya. Huhu. Ada beberapa jenis helang kat situ. Driver bot cakap yang warna putih adalah helang laut. Yang kepala putih badan coklat atau kelabu - tu semua helang biasa.

Kemudian kami di bawa pusing ke pintu gerbang antara sungai dan laut. Dari situ boleh nampak Thailand dah. Lautan Andaman. Rasa macam nak ke Thailand terus je. Huhu. Ok sini banyak tangkap gambar je. Hehe.


Dah habis bergambar, driver bot terus shoot ke Gua Kelawar. Tadi kelong, helang dan lautan Andaman belah kiri Jeti Kilim. Gua belah kanan jeti. Masuk gua PERCUMA ya. Kalau nak sewa torch light boleh juga. RM1. Sebab dalam gua gelap. Tak nampak kelawar kat mana pula nanti.

MashaAllah. Cantiknya stalagmit dan stalagtit yang terbina secara semula jadi. Dah macam bentuk rumah pun ada gak dalam gua tu. Perjalanan dalam gua tu sekejap je. Dalam 20 minit tak sampai kot. Yang buat lama sebab sibuk bergambar. Hehe. Tak lama lagi akan ada jeti baru. Sebab masa kitaorang pergi tu dorang sedang dalam construction.


Cukup 4 tempat untuk bayaran sejam - RM250 - kelong, helang, laut & gua. Sampai balik jeti. Singgah sat minum air kat kedai makan tepi jeti. Mee goreng dia sedap! Tapi disebabkan nak makan tengah hari kat tempat lain, jadinya order sepinggan kongsi 7 orang. Hoho.

Dah sampai ke pekan Kuah, mencari-cari tempat lunch. Mak uteh cadangkan gi Restoran Wan Thai. Mak yang selalu duk Google pasal tempat-tempat best kat Langkawi - ramai orang cakap Wan Thai sedap. Ternyata, memang sedap! Hidangan 10 orang untuk 7 orang makan. Memang kenyang lah. Huhu.

Menu di Wan Thai

Settle makan, balik hotel. Rehatkan badan. Oleh kerana cuaca ok sehari tu, petang saya dan anak-anak pergi mandi kolam. Hehe. Fully utilise lah semua yang ada. Mak dan mak uteh shopping sekejap sebelum mak uteh dan anaknya balik ke Kuala Perlis semula. Malam, memang berkeliaran di hotel saja jadi kami makan di area Pekan Rabu.

makan makan makan di Pekan Rabu

Ini saja untuk hari ketiga. =)

No comments: