September 6, 2014

Resepi Pes Bawang Putih - Garlic Bread

Hai kawan-kawan! Kali ni saya nak kongsikan resepi cara membuat krim bawang putih (garlic cream) untuk disapu ke atas roti, lalu jadilah garlic bread! (baca dengan nada koko krunch).

Resepi Pes Bawang Putih - Garlic Bread



Ok jom tengok apa yang kita perlukan.

Bahan-bahanya:
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar butter
  • sedikit oregano
  • secubit garam


Roti : saya gunakan plain baby bun (jenama fujibake)

Resepi Pes Bawang Putih - Garlic Bread

Cara-cara membuatnya:
  1. Potong bawang putih secara berpetak tetapi halus-halus.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan mentega, garam dan oregano.
  4. Gaul sehingga sebati.
  5. Sapu ke atas roti yang di belah dua.
  6. Tekapkan di atas non-stick pan selama seminit.
  7. Siap untuk dihidang.


Senang je kan? Takyah susah-susah pi pizza hut nak beli garlic bread dah. Nak buat time bbq party pun senang je kan. Sodapppp. Huhu.

Selamat mencuba. =)

Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee


Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: