September 1, 2014

Jom bersyukur

Sejak dua tiga hari ni saya asyik terfikir-fikir pasal bersyukur ni. Bukan Encik Syukur ya. Huhu. Ni syukur atas pemberian tuhan. Apa yang kita faham tentang syukur? Kenapa perlu bersyukur? Apa akibat tak bersyukur? Semua kena tahu kan.

jom bersyukur


Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? - Surah Al An'aam - ayat 6

Syukur ni merupakan satu perasaan yang diluahkan dengan cara pertuturan atau perbuatan yang dilahirkan dengan ikhlas tanpa motif kepentingan sendiri.

Pernah tak kita berfikir kesan dari hati kita yang tak bersyukur?

  • Kita akan jadi orang yang tak pandai menghargai kasih sayang orang lain.
  • Kita tak pandai nak menghargai jasa dan budi orang.
  • Kita tak pandai nak menilai nikmat yang diberikan oleh Allah.
  • Kita akan dibenci dan dimurkai oleh Allah.

Nauzubillah. Janganlah kita pernah tersasar dari landasanNya.

Janganlah kita jadi seperti kaum Ad. Yang mana dikurniakan nikmat tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman tapi dorang tak mahu gak nak terima ajaran Nabi Hud a.s. Akhirnya dorang dibinasakan dengan puting beliung.

Janganlah kita jadi seperti kaum Samud. Yang mana dianugerahkan kekayaan dan kemewahan hidup tapi masih angkuh tak mahu terima ajaran Nabi Salleh a.s. Dah lah tak nak terima, dorang tuduh pula nabi sebagai pendusta.

Janganlah kita jadi seperti kaum Luth. Yang mana kehidupan mereka sangat mewah tapi dorang menolak ajaran Nabi Luth a.s. Dorang sanggup mengamalkan hubungan sejenis (homoseks).

Nauzubillah. Dah macam nampak kan zaman ni? Banyak sangat dah. Yang dah lupa ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Sebenarnya, dengan bersyukur:
  • Kita dapat menghilangkan rasa ego dan kufur dalam hati.
  • Dapat memberikan ketenangan jiwa.
  • Diberkati hidupnya oleh Allah.
  • Akan disayangi oleh keluarga dan masyarakat.


Jom kita bersyukur untuk setiap hari. =)

No comments: