September 24, 2014

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi

Belum habis penat pi Taman Burung KL tu, esoknya saya, anak-anak, abah, mak dan adik-adik saya terbang ke Pulau Langkawi. Huhu. Continuous holiday. Sempena cuti sekolah seminggu kan. Kami pi Ahad balik hari Rabu. Over kan?

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi
Ce belah 4 peta ni.
Atas kanan - Kilim Geoforest Park & Tanjung Rhu.
Bawah kanan - Pekan Kuah & Pulau Dayang Bunting
Atas Kiri - SkyCab & Telaga Tujuh
Bawah kiri - Pantai Cenang, Airport, Beras Terbakar & Laman Padi

Hubby i tak pi sebab dia nak settlekan kerja dia katanya. Ye lah orang kerja sendiri kan. Dia buka syarikat printing sendiri.


Jemput like Kotak Hitam Clothing.


Jadinya saya anak beranak saja lah yang pergi. Quality time kononnya. Hehe. Flight kami petang jam 4.30. Kat KLIA2, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. Kami dapat naik kereta ala-ala kat golf tu. Sebab ada bawa 2 orang baby (anak saya lah tu..hehe). Oleh sebab kami semua firstimer, tak tahu keadaan kat KLIA2 tu.

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi
apa tah nama benda alah ni..huhu

Rupa-rupanya jauh gila bilik menunggu tu dari imegresen. Dekat 1 kilo jugalah rasanya. Hujung nun. Pintu K18. Nasib baik naik kereta tu. Save masa. Hehe. Tak lama lepas tu kami dah dipanggil untuk masuk kapal terbang. Ini kira second time Ayesha (anak kedua) dan third time untuk Hani. Tapi rasanya kali ni baru dorang betul-betul feel naik kapal terbang.

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi
ayuh kita berlepas!

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi
makan makanan seludup...hehe

Dalam sejam perjalanan melintasi Pulau Pinang, akhirnya sampailah kat Pulau Langkawi. Tapi masa nak touch down tu ada insiden sikit. Memula kapal terbang dah elok menurun. Bila dia touch je dia terus naik balik. Lama gak lah. Lebih kurang 30 minit untuk dia pusing balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi
we are arrived!

Cuak juga. Ya lah. Kan baru-baru ni tragedi pasal MH370 dan MH17. Seriaulah kami. Rupa-rupanya tak jadi landing sebab hujan lebat dan angin kuat. Jadi, dorang terpaksa naik balik. Alhamdulillah second touch down kami selamat mendarat.

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi
view dari bilik hotel - gambar kabur hp dah tua

Keluar dari airport, kami naik van teksi untuk ke hotel - De Baron Resort dekat pekan Kuah. Dekat dengan jeti juga. Nampak Dataran Lang, Pulau Toba dan Pulau Dayang Bunting dari hotel.

First day, sampai pun dah malam. Tak buat apa. Pi makan kat kedai mamak je lepas tu ikut mak pi shopping kat Haji Ismail kat bangunan lama. Sempat beli pampers dan susu Hani. Murah ok! Hehe. Then balik hotel, tidur. Huhu.

Cuti-cuti Malaysia - Pulau Langkawi

Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee


Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: