August 7, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum. Dah lama tak update sini...heee kali ni nak cerita pasal episod Syawal bersama famili. Lama saya tak cerita pasal famili kat sini kan. Meh saya tunjuk sikit gambar-gambar sepanjang seminggu beraya.

KAMI!


Tahun ni adalah tahun ke-4 saya beraya sebagai isteri. Jadinya tahun ni giliran rumah husband. Kajang je. Huhu. Dari Sabtu lagi dah balik ke Kajang. Dokek jo. Melawati - Kajang. Raya kedua kami pulang ke Batu Pahat. Kampung ibunda saya.

Raya ketiga ke Felda Sri Jaya, Bukit Serampang. Kampung ayahanda saya. Malam tu terus shoot ke Serom 8. Kampung ayahanda angkat husband saya. Tidur semalam di sana. Raya keempat ke Kajang semula.

Hari Sabtu baru pulang ke Ampang. Rumah parent saya. Ahad pulang ke rumah kami semula di Melawati. Seminggu merantau ke selatan. Huhu.

Ok lah. Tak mau cerita panjang. Meh tengok gambar meh. Hee.

Famili husband

Kakak-kakak husband & anak mereka
Oh la hai 2 je....heeee nanti tambah lagi naa....ok out dulu...see ya!

Dikesempatan ini kami nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
Kami mohon ampun dan maaf sepanjang tempoh perkenalan kita 
Ada terbuat sakit hati 
Tersinggung kata-kata 
Terguris jiwa 
Dan segala perlakuan kami sama ada zahir atau batin (dari hati).
Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee

Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: