July 17, 2014

Resepi Ayam Masak Kicap (Ayam Masak Semur)

Assalammualaikum. Hai! Lama tak jengah blog ni. Bersawang dah. Tapi saya tahu ada silent reader kan? Kan? Kan? (perasan je) hehe.

Saya nak share resepi ayam masak kicap jawa style - ilmu khas daripada mak mentua saya. Bak kata husband saya, kalau umur mama tak panjang, dah takde orang nak diwariskan resepi ni.



Jadinya saya dengan kesempatan ini nak share dan sekaligus buat simpanan untuk saya di masa akan datang. Kot terlupa kan.


Ok ini bahan-bahannya:
1 sudu besar lada hitam
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1/2 inci halia
Secubit buah pala
Rempah ratus
Separuh ayam kampung yang di potong sederhana
5 sudu besar kicap*
Sedikit asam jawa
Garam
Gula
kentang**


Cara-caranya:
1) Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia.
2) Tumbuk ikut turutan dan sehingga halus (lumat). Sekalikan je semua ni.
3) Kemudian masukkan buah pala dan tumbuk hingga halus.
4) Basuh ayam terlebih dahulu. Kemudian panaskan minyak untuk menumis.
5) Tumis bahan yang ditumbuk sehingga keluar bau atau keperangan. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.
6) Masukkan ayam. Tutup periuk dan tunggu sehingga air ayam kering.
7) Masukkan air asam jawa dan kacau.
8) Masukkan kentang yang dipotong dadu.
9) Tutup periuk sehingga kentang hampir empuk.
10) Masukkan kicap dan tutup periuk seketika.
11) Masukkan garam dan gula secukupnya.
12) Siap untuk dihidang.


*boleh guna kicap manis atau masin. Nanti adjust dengan garam atau gula. Hehe.
**kentang ikut suka. Taknak pun takpe.


Husband saya suka yang ini je. Yang sebelum ni saya buat kuahnya cair je. Dia tak suka. Jadinya kenalah praktis resepi ayam masak kicap jawa style ni selalu. Huhu.

Tadaa! Ini je gambar yang ada. Huhu.

Resepi Ayam Masak Kicap (Ayam Masak Semur)

Ok. Selamat mencuba semua! Hee.

Cari Pengedar Shaklee area anda? >>> Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Harga Produk? >>> Senarai Harga Produk Shaklee


Nak Daftar Jadi Ahli? >>> Borang Daftar Ahli Shaklee Online

No comments: