October 13, 2013

Impian tinggi ke Marikh

Assalammualaikum.

Lama sangat tak update blog. Bersawang dah. Kesian. Ok, saya nak cerita pasal saya pula. Asyik pasal Shaklee je, bosan juga ya dak? Padahal blog ni pun dulu blog persendirian. Jadi, tak salah saya nak berkongsi ceritera karut marut saya. Hehe.

vision board, visi hidup
Mision board saya

Apa tu? Inilah mision board saya. Misi dalam masa 6 bulan hingga 3 tahun daripada sekarang. Apa yang saya target akan saya cuba dapatkan dalam jangkamasa yang telah saya catatkan. Nampak tak?

Target untuk jangkamasa pendek ni tak ada apa sangat. Lebih nak bawa keluarga bercuti. Saya jangkakan saya dah mampu sponsor suami dan anak-anak untuk ke Beijing pada Mei 2014. Sekarang dah masuk Oktober. Jadi, ada masa lagi 7 bulan untuk saya kecapinya. Doakan saya berjaya.

Seterusnya, saya menjangkakan saya sudah mampu taja saya sendiri, suami, mama dan bapa mertua saya untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun 2014. Sekiranya mampu, sukacita saya nak taja mak dan abah saya juga. Tapi, nanti siapa nak jaga anak-anak? Huhu. Doakan saya ya. Saya teringin nak ke sana untuk pertama kali bersama suami.

Jangkaan saya juga untuk mempunyai rumah sendiri tanpa perlu sewa atas orang lagi. Saya inginkan kebahagiaan dan keselesaan hidup untuk keluarga saya serta bebas dari segala jenis hutang. Hutang PTPTN, hutang kereta, hutang peribadi dan pelbagai lagi.

Saya nak bantu perniagaan suami saya tanpa membuat pinjaman ber-interest tinggi. Sesak nafas den nak bayar. Huhu.

Rasa-rasanya bagaimana saya nak lakukan semua ni?

Shaklee.

Ya, saya sedang bertungkus-lumus untuk 100% menyertakan diri dalam perniagaan jualan langsung Shaklee. Saya sedang dalam usaha untuk belajar sambil berniaga. Dalam usaha untuk berniaga sambil mengaut untung.

Tak tahulah kalau anda, tapi saya rasakan saya mampu lakukannya. Saya nampak Shaklee bukan seperti tipikal MLM. Bukan yang kena keluar ratusan atau ribuan ringgit untuk beli stok dan kemudian tergadai tak tahu buat apa.

Kalau saya nak tinggalkan Shaklee pun saya tak rasa rugi. RM75 sahaja. Tapi, ilmu yang berjuta-juta dari kumpulan terbaik Shaklee ni, amatlah rugi jika saya tinggalkan.

Tengok, meraban pasal Shaklee lagi. Maaflah ya. Bukan nak psiko tapi ini yang saya nampak yang boleh buat saya capai apa yang saya target kat atas tu. Hehe.

Apa kata awak pula buat mission board? Lepas tu tunjuk kat saya. Sharing is caring kan? Boleh kita bagi motivasi antara kita ya dak? Ehehe.

Okay, sampai sini je dulu. Nanti saya cerita lain. Semoga tak bosan baca blog saya. 

P.s: Impian biar tinggi hingga ke Marikh, jika jatuh bulan masih ada untuk tampung. Jadi, tak sakit sangat dari jatuh balik ke Bumi. =)


No comments: