July 17, 2013

Hana Ayesha Binti Hazriansyah

Assalammualaikum.

Anak ummi sihat? Semoga sihat selalu hendaknya. Kali ni ummi nak cerita tentang kelahiran Hana Ayesha pula.

Masa ummi dapat tahu ummi mengandung lagi, time tu kakak Hani baru je 4 bulan lebih. Kakak Hani lahir secara cesarean. Ummi tak berurut sebab parutnya di perut. Period ummi pun datang awal. Bulan Mac kakak lahir, bulan April dah period balik. Mungkin peranakan ummi masih di bawah. Kata tukang urut. Tapi itu semua alasan logikal. Dah rezeki dapat lagi, ummi terima je. =)

Bulan Jun, period ummi delayed. Ummi beritahu ayah. Ayah dah takut-takut. Ummi macam rasa ada perbezaan kat badan ummi. Ummi nak buat upt. Mula-mula ayah tak bagi. Ayah takut. Ummi cakap ummi nak buat juga. Kalau negatif, ok la.

Satu pagi tu, ummi try buat upt. Sekali buat, memang double line yang naik. Ummi tak tahu nak rasa apa. Ummi lari pergi bilik, kejut ayah. Beritahu positif. Ayah bangun-bangun terus seriau. Kaup muka. Terus gelabah tanya nak buat apa? Ummi cakap ummi nak carry on. Takpe, apa-apa ummi tanggung. Ummi juga yang mengandung kan?

Ayah dan ummi pergi klinik swasta. Ayah tanya macam-macam. Ok ke? Takpe ke? Tak jadi apa-apa ke kat ummi? Alhamdulillah, doktor bagi jawapan sangat positif. Ayah dah terbuka hati nak carry on juga. Ummi tanya nak beritahu orang ke? Ayah cakap tak payah dulu. Ya lah, awal sangat kan. Huhu.

Alhamdulillah, Ayesha tak banyak ragam masa ummi mengandung. Kakak je. Sikit-sikit gesek kat ummi. Manja-manja. Kadang-kadang ummi terfikir kasihan juga kat kakak nanti. Tapi, ummi fikir balik, tak apa. Nanti Ayesha ada, Ayesha boleh jadi kawan kakak. Kesian kakak sorang-sorang.

Seminggu sebelum Ayesha keluar, ummi dapat bleeding. Tak banyak tapi berterusan 2 hari. Doktor cakap boleh jadi itu pre-mature contraction (sebab kakak Hani pre-mature). Jadi, kebarangkalian untuk dapat anak pra-matang adalah 3 kali lebih tinggi. Masa tu baru 34 minggu. Ummi doa banyak-banyak janganlah awal lagi. Kasihan anak ummi nanti. Tapi dalam pada bleeding tu, sempat gak la pergi KLCC, ada farewell lunch untuk officemate ummi. At last dorang advise tak payah pergi kerja, jadi ummi teman ayah lepak kat Kinokuniya. Hehe.

Pada 4 Mac 2013, pagi-pagi ummi terkejut sebab perut ummi kejap-kejap mengeras. Ummi tak pernah kena kontraksi masa kakak dulu. Ummi agak je itu kontraksi. Ummi ajak ayah pergi klinik biasa. Doktor sahkan itu minor contraction. Doktor suruh pergi hospital. Waktu tu pukul 12 tengah hari. Kami balik rumah dulu. Ummi kemas apa yang patut. Pukul 4 petang baru kami pergi hospital. Doktor cek bukaan servik ummi. Sakit ok! Dah 3cm. Doktor suruh masuk labour room terus. Doktor bising-bising la masa tu. Rapat sangat lah apa lah. Ummi sengih je malas nak dengar.

Masa kat labour room, kontraksi masih ada. Menjadi kerap. Jam 12 pagi, doktor ambil keputusan untuk pecahkan air ketuban. Masa tu baru 4-6cm. Ummi pun tak pasti. Banyak tangan yang cek. Lepas air ketuban pecah, kontraksi makin kuat. Nasib baik ayah ada. Ayah tolong tenangkan ummi. Ummi penat sangat tunggu sampai ummi tertidur. Part paling best, ummi siap mengigau. Ayah sampai jadi takut. Siap panggil nurse. Huhu. Nurse kejut ummi, tanya kenapa. Ummi cakap ummi mengigau. Lepas tu ayah kena marah dengan nurse balik. Haha.

Jam 2.20 pagi, bukaan servik dah 10cm. Doktor cakap dah boleh teran. Jadi, ummi teran sekuat hati. Rasa macam kena sembelit. Ada 1 part, ummi berhenti rehat dari meneran, doktor cakap hidung Ayesha tertutup. Kalau ummi lambat, Ayesha mungkin tak dapat diselamatkan. Cepat-cepat ummi teran lagi. Dalam 10 minit, Ayesha pun selamat dilahirkan. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Ayah cakap nasib baik ummi pernah kena sembelit, jadi tahu macam mana nak teran. Haha.

Okay, ini saja ummi nak cerita. Ummi nak Ayesha tahu ummi saya Ayesha dan kakak! Ayesha dan kakak adalah permata hati ummi selamanya.


Salam sayang,
Ummul Hani & Ayesha. =)



P.s : Isnin depan anniversary kedua tahun ummi dan ayah. Hee~

No comments: