August 2, 2012

Imran

Ahmad 'Imran Syahmi Bin Mohd Shahir

I dont know him. And I will never know about him. Sigh~. 
Ini muktamad daripada Allah. Dia yang menetukan segalanya. 
Dari mula kita dibentukkan, dihidupkan dan akhirnya dimatikan. 
Ini takdir dia. 
1 Februari 2012 jam 6:06 pagi dia dilahirkan. 
1 Ogos 2012 jam 7:07 malam dia dikembalikan. Inalillah. 

Ini yang sepatutnya. 
Dari dia lebih menderita. 
Dari dia hidup dalam keadaan menyeksa. 

Untuk mama dia. Supaya lebih senang sekarang. 
Bukan nak mengiyakan cuma dari persepsi meringankan beban. 
Ini dugaanNya. 
Jangan pernah takut untuk ada anak lagi.

Maafkan ummi, sayang. 
Ummi belum pernah melihat wajah kamu. 
Hanya dari gambar kamera telefon bimbit makcik kamu. 
Belum cukup. Belum.

Maafkan ummi, sayang. 
Hanya ini yang mampu ummi ucapkan. 
Ummi tak membantu apa-apa. 
Semoga kamu tenang disana. 
Nanti akhirat, jangan lupa mama kamu yang melahirkan kamu. 
Selamatkan dia dari musibah ya sayang.


Hani Batrisya Binti Hazriansyah

Belum. Belum sempat ummi beritahu pada kamu. Imran abang kamu.
Belum. Belum sempat kita bertemu. Dia pergi dahulu.

Nanti. Nanti kamu sudah besar, akan ummi beritahu.
Itu abang kamu. Abang sesusu kamu.

Jangan pernah lupa dia ya, sayang.





P.s : Hanya mampu terkedu tak berkata bila mendapat berita.


2 comments:

tfa said...

:( al-fatihah

tya said...

Ya Allah,
Boleh aku tahu?
Betul ke?