June 25, 2012

Breastfeeding


Assalammualaikum...



Hai tuan-tuan dan puan-puan. Apa khabar? Bertemu lagi kita dalam rancangan Ini blog! Ok, topik kita pada kali ini adalah penyusuan badan secara eksklusif atau lebih dikenali sebagai Breastfeeding (BF).

Pertamanya, saya ingin buktikan penyusuan badan ini amatlah digalakkan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 233.


Itu dalam Al-Quran, ya. Itu bukti ya. Ehe. Sekarang saya akan nyatakan kelebihannya secara klinikal.

Kelebihan susu ibu :

  • mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak, kebanyakan bayi  menyusu badan IQ tinggi.
  • mengandungi antibodi untuk mencegah penyakit cirit-birit dan lelah.
  • mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut tumbesaran bayi, tiada sembelit.
  • mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • boleh memberi bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan.
  • mengeratkan hubungan anda dan anak.

  • mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi.
  • mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus.
  • sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. 
  • menjimatkan wang.
  • lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.
  • boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat.
  • menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.


Secara praktikalnya, penyusuan badan sehingga bayi berumur 2 tahun telah digalakkan di dalam ajaran Islam sejak dari zaman Rasulullah lagi. Dan sekarang, amalan ini telah dipraktikkan di semua hospital. Secara tidak langsung, ia diterima pakai oleh orang bukan Islam juga. Mudahkan untuk berdakwah?

Jika mereka yang bukan Islam juga gigih untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, mengapa tidak kita yang sememangnya beragama Islam?

Usah fikirkan keburukan yang bakal berlaku seperti bengkak susu, penghasilan susu yang sedikit, bayi tidak mahu menyusu dan sebagainya. Bayi itu lahirnya seperti sehelai kain putih yang tiada apa-apa kesan di atasnya, jadi kita sebagai ibu bapa yang patut mencorakkannya. Ini samalah dengan kita perlu ajar bayi dari selepas ia lahir untuk menghisap dengan baik. Jika tidak diajar dari awal, pastilah dia tak kenal.

Dah tak kenal, penghasilan susu juga kurang. Itu sebab tiada susu dapat dihasilkan. Banyak lagi cara untuk memperbanyakkan susu pada zaman sekarang. Encik Google sentiasa membantu.

Pasal bengkak, jangan risau. Ia dapat dielakkan dengan memerah susu sebelum ia sempat membengkak. Jangan tunggu! Nanti jadi kes macam saya. Lihat sini.

Ok, ini saja yang ingin saya kongsikan. Maaf jika ia membosankan. Sekadar nak berkongsi pengalaman baru. Jumpa lagi di artikel akan datang.

Sekian. =)



P.s : Gambar Hani akan menyusul lagi nanti. Ehe.


No comments: