April 18, 2012

9 +3 = 12

Assalammualaikum..

Hai anak umi! Sihat? Harap-harap Hani membesar dengan baik ya sayang. Ni umi nak cerita macam mana Hani boleh melihat dunia awal dari tarikh yang diduga.

Mulanya umi nak cek degupan jantung sayang sebab hari tu (7 Mac 2012) Hani tak cukup buat pergerakan akrobatik sebanyak 10 kali dalam masa 12 jam tapi Hani asyik mengeras je. Umi agak Hani sama-sama stres dengan umi sebab minggu tu banyak sangat kerja plus umi makin tension kerja kat situ. Huhu.

Malam lepas balik kerja, umi report kat ayah. Dia ajak pergi cek kat hospital. So, kami pun pergilah hospital untuk dengar degupan jantung anak umi ni. Then doktor amek keputusan nak scan perut umi. Nak tengok keadaan anak umi ni ok ke tak.

Sekali dia dapat detect air ketuban dah jadi sikit. Dia terus masukkan umi dalam wad 4D. Untuk monitor pergerakan Hani dan nak buat scanning sekali lagi untuk pastikan Hani ok. Mulanya doktor cakap nak repeat scan minggu depannya. Umi ok je.

Esoknya (8 Mac 2012), doktor pakar scan lagi anak umi ni. Dia dapat detect benda lain pula. Air ketuban memang dah sikit. Mungkin licking tapi umi tak perasan dan berat Hani tak sekata dengan perkembangan bayi yang waktu tu 34 minggu. Dia scan purata berat Hani 1.5kg je dan time tu kepala Hani masih kat belah atas perut umi.

Petang tu ada nurse datang kat katil umi, dia nak bagi ceramah pasal breastfeeding. Sedang umi semangat semangat dengar, doktor pakar datang sambil bercakap dalam phone ke hulu ke hilir depan umi. Lepas dia habis cakap dengan phone, dia datang kat katil umi.

"I dah bincang dengan pakar runding I, then we agree that we plan ceaser for you." Umi tersentak. Awalnya! Umi tanya kenapa, dia jawab "kita ada 3 risiko. 1st, kandungan air ketuban dah sikit, takut licking lagi, 2nd anak puan kecik dan 3rd dia songsang. Mungkin nanti puan takkan rasa pun dia bergerak kat dalam sebab air ketuban dah sikit dan kita takut dia tak boleh pusing ke bawah dah." Umi tanya mungkin salah kira minggu kandungan sebab last umi period 2 minggu sebelum kahwin, dia cek balik dan dia kata confirm betul. Umi serba salah sangat. Muka dah berubah jadi sedih, terkejut dan tak tahu nak cakap apa.

Lepas tu umi terus beritahu ayah. Doktor explain balik kat ayah dan dia akan jalankan pembedahan tu secepat mungkin. Umi tak rasa kontraksi pun. Ini kira pembedahan paksa. Huhu.

9 Mac 2012 pukul 9 pagi, umi dah kena bawa masuk ke dewan pembedahan. Jam 10.25 pagi, anak umi ni dah dapat tengok dunia dengan berat 1.7kg. Alhamdulillah, kita selamat.

Dan sekarang anak umi dah makin membesar dengan berat sekarang 2.425kg. Semoga Hani sihat selalu, cepat besar, semoga Hani jadi anak yang solehah ya sayang.




Salam sayang,
Ummul Hani Batrisya. =)




P.s : 3 more months to celebrate my first anniversary. Hee~


2 comments:

wann afzan™ said...

Teringin nak datang jenguk baby kau. Nanti aku bawak segerombolan dotters datang buat kau rimas. Heheh

Nazrin Saad said...

Aku baca dalam perasaan yang berdebar-debar walaupun aku sudah tahu endingnya gimana.

Wah.