June 19, 2011

Luahan hati.

Assalammualaikum.


Dalam pada sedang bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut untuk menuju hari bahagia, banyak juga yang bermain-main di dalam fikiran. Bila semua benda bercampur-baur, lama-lama jadi padat. Lantas perlu diluahkan. Tapi, pada siapa? Siapa agaknya yang mampu mendengar rintihan yang mungkin remeh di pandangan orang? Lalu, aku biarkan ia tersemat dalam kepala. Tanpa ada sedikitpun diluahkan.

Dah seminggu ni. Sakit kepala. Selsema datang kembali. Badan panas-panas. Tekanan darah jadi rendah. Simpton hypotension. Hahaha. Fatin tension? Macam pelik kan?

Bukan. Bukan hanya kerana persiapan perkahwinan. Yalah, gigih lagi mahu buat sendiri, sekarang rasa padahnya. Setakat kad kahwin ada 800 keping yang nak digulung satu-satu, bunga telur 50 batang lagi, barang-barang hantaran yang belum sempurna lagi, door gift yang cecah 1000 lebih tu, tak ada apa sangatlah.

Berbanding kritisnya pemikiran terhadap hidup selepas berumahtangga. Mampukah aku? Mampukah aku taat pada suamiku nanti? Mampukah aku menjaga dia? Mampukah aku untuk hidup bersama? Mampukah aku memberi? Mampukah aku? Bukan. Bukan nak kata tak bersedia. Cuma, tiba-tiba perkara-perkara ini terlintas. Remeh kan? Tak payah ambil pusing sangat. Tapi, aku memikirkannya secara kritis.

Mampukah aku hadapi semua ini dengan umur yang belum cukup matang. Belum cukup lagi nak faham tentang dunia. Belum sempurna ilmunya. Belum segalanya. Pastinya, aku tak sempurna. Tak penat. Cuma menatap masa depan.

*Sigh.* Doakan aku berjaya. Doakan aku bahagia. Doakan aku.


Terima kasih.


P.s : selalu ini yang jadi igauan siang malam. Jangan pertikai. Ini pemikiran saya. Bukan kamu. Apa kata, cuba sekali. Dengar je tanpa perlu bidas kembali kerana hanya itu yang saya perlu walaupun dalam hati nak sangat ayat tenangkan hati dari kamu.

2 comments:

NurIzza said...

insya Allah.. aku doakan ko berjaya..
tahniah!!!

Ismeth Azril bin Shamsuddin said...

lek rr fatin..msti siapnye sume tu..sori aku x dpt tlong byk..