April 27, 2011

Kesalahan diri.

Macam menjadi perkara biasa. Bila sakit, automatik ingat tuhan tiap masa. Tapi bila dah sihat, ingat ingat lupa saja. Ada yang sentiasa mengingati itu alhamdullillah. Dia penuh iman di dada.

Bila dah sakit, mula lah ingat salah kita. Mula rasa paling bersalah. Terus bersujud kepada-Nya.

Macam menjadi perkara biasa. Bila berlaku benda-benda ni.



P.s : Buntu nak mati. Bila seorang kawan bukan muslim bertanya kenapa aku bertudung dihadapan muslimah yang tidak bertudung. Kau rasa kaedah mana yang aku perlu jawab? Ayat sentap atau ayat tak berapa nak baik? At last, aku biarkan muslimah tidak bertudung itu menjawab. Juga kawan bukan muslim bertanya kenapa aku perlu bersembahyang? 5 kali sehari pula tu. Aku yang sememangnya sedang dalam keadaan buntu [blur~] tak mampu nak jawab. Kawan muslim juga tidak membantu. Apa nak cakap? Sememangnya aku kurang pengetahuan agama untuk diceritakan kepada kawan bukan muslim.


2 comments:

juwei said...

mungkin boleh cuba. saya islam. saya ada rukun islam.

Fatin Mazelan said...

dari pertanyaan itu tersebarnya pertanyaan lain. huhu. pertanyaan itu nanti akan lebih membuntukan.