March 28, 2011

Saya meroyan. What a People.

Assalammualaikum.

Lama tak cerita pasal diri. Banyak benda aku pendam sampai dah lupa apa yang aku mahu luahkan sebenarnya.

Hidup ini memang banyak dugaan. Apa yang aku tahu hidup ketika belajar lebih bahagia daripada sekarang. Sangat bahagia dan jika boleh, aku mahu kembali ke masa itu.

Ok. Ini ayat tipikal semua manusia yang dah merasa hidup sempit selepas belajar. Apa salahnya aku masuk kumpulan itu sekali. Kan?

Sejak berhenti kerja pada 26.1.2011, merempat di rumah telah melemakkan aku tanpa penambahan berat badan dan pada 31.3.2011 aku akan memulakan kembali pekerjaan baru. Sigh. Malas. Tapi terpaksa. Sudah tiada wang.

Mahu kahwin. Mahu bayar sewa rumah. Mahu bayar hutang ptptn. Mahu beli rumah. Mahu beli kereta.

Ok. Aku hang sekarang. Sekian.



P.s : awak belajar tinggi-tinggi, awak jangan berubah hati. Jangan pandang rendah kami yang tak belajar tinggi-tinggi ni. Padahal dulu kami ni banyak jasa pada awak. Taknak ungkit walhal dah ungkit pun ni. Sebab awak ni macam bangga sangat taraf pendidikan awak tu lagi tinggi.

No comments: